Makkiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Makiyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah (Madaniyah).

Surah Makkiyah kebanyakannya pendek, dengan ayat yang pendek, dan kebanyakannya terletak di juz-juz terakhir al-Quran. Kebanyakan surah yang mengandungi Muqatta'at merupakan surah Makkiyah.