Malam Senyap, Malam Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Potret Franz Xaver Gruber yang dilukis oleh Sebastian Stief (1846)

"Malam Senyap, Malam Suci" (Jerman: Stille Nacht, heilige Nacht) merupakan karol Krismas terkenal yang digubah pada 1818 oleh Franz Xaver Gruber dan seni kata lagu oleh Joseph Mohr di pekan Oberndorf bei Salzburg, Austria. Ia diisytiharkan sebagai warisan kebudayaan tidak ketara oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac 2011. Lagu ini juga telah dirakamkan oleh ramai penyanyi daripada setiap genre muzik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lagu ini pertama kali dipersembahkan pada malam Krismas tahun 1818 di gereja kariah St Nikola di Oberndorf, sebuah kampung di sungai Salzach. Paderi muda, Father Joseph Mohr telah datang ke Oberndorf pada tahun sebelumnya. Beliau telah menulis seni kata lagu "Stille Nacht" (Malam Senyap) pada 1816 di Mariapfarr, kampung halamannya bapanya di kawasan Salzburg Lungau, di mana Joseph telah bekerja sebagai adjutor bersama.

Melodinya digubah oleh Franz Xaver Gruber, seorang guru dan pemain organ di kampung yang berdekatan Arnsdorf. Sebelum malam Krismas, Mohr membawa seni kata lagunya kepada Gruber dan beliau bertanya kepada Gruber untuk mengarang melodi dan iringan gitar bagi perkhidmatan gereja.[1] Mereka berdua kemudiaannya mempersembahkan lagu itu ketika upacara mass (misa) pada malam 24 Disember.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Pada 1859, biskop episkopal, John Freeman Young menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris seperti yang kerap dinyanyikan pada masa kini.[2] Versi melodinya adalah dodoi tafakur yang perlahan, iaitu berbeza sedikit (khususnya di tarikan akhir) daripada versi asal Gruber yang mempunyai penalaan yang rancak dan seperti muzik tarian dalam masa 6/8. Pada hari ini, seni kata dan melodi lagu adalah dalam domain awam dan karol "Malam Senyap, Malam Suci" telah diterjemahkan dalam 140 bahasa.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "BBC Religion & Ethics". bbc.co.uk. 4 Ogos 2009. Diperolehi pada 6 Disember 2011. 
  2. Underwood, Byron Edward, "Bishop John Freeman Young, Translator of ' Stille Nacht'", The Hymn, v. 8, no. 4, Oktober 1957, hlmn. 123–132.
  3. Ronald M. Clancy, William E Studwell. Best-Loved Christmas Carols. Christmas Classics Ltd, 2000.
  4. "Silent Night". Silent Night Web. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]