Malar Santhi Santherasegapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr
Malar Santhi Santherasegapan
M.D (CSMU), IES (London), MBA (Hons, UTM) PDAM (IIWAM)
Maklumat peribadi
Kelahiran
Kuantan, Pahang
Maklumat media sosial
Pengikut500k di Facebook

465k di TikTok

150k di Instagram
Nama lamanCeloteh Dr Malar
Pautan lamanCeloteh Dr Malar

Kemas kini: 2 Februari 2024

Dr. Malar Santhi Santherasegapan (atau Dr Malar) ialah seorang pegawai perubatan di Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu[1]. Beliau mula dikenali di Malaysia apabila petah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan penggunaan bahasa Melayu yang fasih. Dengan menggunakan nama "Celoteh Dr Malar" di laman media sosialnya, beliau turut dijemput menjadi tetamu dan jurucakap di pelbagai acara termasuk media arus perdana di Malaysia seperti Bernama dan TV3[2].

Dr Malar juga dinobat sebagai Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau juga diberi anugerah berprestij tinggi iaitu, NONA Superwoman Health Influencer Award.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Malar Santhi merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang[3]. Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran Kesihatan dengan kepujian di i Universiti Teknologi Malaysia[2] dan diberi Anugerah Pelajar Terbaik. Selain fasih berbahasa Melayu, Malar juga boleh bertutur dalam Bahasa Rusia[3] kerana pernah menyambung pelajaran di Universiti Perubatan Negeri Krimea (CSMU), Ukraine. Beliau yang pernah bertugas sebagai doktor jabatan kecemasan di Hospital Columbia Asia, Kuala Lumpur[4] dan beberapa hospital lain, kini merupakan seorang pempengaruh dalam topik kesihatan dan pelatih yang diiktiraf oleh HRDCorp.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

1) Anugerah Pekerja Contoh Bagi Tahun 2022 - dinobatkan ketika Sambutan Hari Pekerja 2023, dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-malar-terima-anugerah-pekerja-contoh-417640?

2) NONA Superwoman Health Influencer Award https://varnam.my/71546/dr-malar-santhi-santherasegapan-receives-the-nona-health-influencer-award-2022/

3) Penyampai trofi bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 bagi mewakili pejuang barisan hadapan yang menghadapi musim pandemik di Malaysia. Beliau menjadi penyampai trofi bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanafis Haris (16 April 2020). ""Agama Saya Tidak Minta, Tapi..." - Dana & Pemakaian Tudung Jadi Pertikaian Netizen Racist, Doktor Berbangsa India Ini Tampil Bagi Penjelasan!". Gempak. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  2. ^ a b Rossilah Jamil (6 Julai 2021). "AHIBS Medical Frontliners – Heroes during Pandemic". UTM News. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  3. ^ a b Helmi Anuar (30 Oktober 2021). "Fenomena Doktor Malar". Getaran. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  4. ^ NOOR FAEZAH (17 Ogos 2021). "Celoteh fasih berbahasa Melayu, Dr Malar tak sangka dipilih muka depan majalah". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  5. ^ NANTHINI (November 16, 2021). "Dr Malar Looks Absolutely Stunning Presenting Award At The 34th Anugerah Bintang Popular". Varnam Malaysia. Dicapai pada 4 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]