Malaysia di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my
di Beijing, China
4–20 Februari 2022
Peserta2 (1 lelaki dan 1 wanita) dalam 1 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Jeffrey Webb[1]
Aruwin Salehhuddin
Pembawa bendera (penutupan)Jeffrey Webb
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Sejuk (keseluruhan)

Malaysia bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China, dari 4 hingga 20 Februari 2022.[2] Ini merupakan penampilan kedua negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk dan juga kali kedua berturut-turut sejak penampilan pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[3][4]

Pasukan Malaysia terdiri daripada dua pemain ski alpine (seorang bagi setiap jantina). Ini adalah Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama untuk Malaysia dengan seorang atlet wanita dalam pasukan.[5][6] Moira Tan Siew See telah dilantik sebagai ketua delegasi pada 25 September 2021 semasa mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-198 yang diadakan secara maya.[7]

Pemain ski Alpine Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin adalah pembawa bendera semasa majlis pembukaan.[8][9] Webb juga merupakan pembawa bendera semasa majlis penutupan.[10][11]

Peserta[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai bilangan peserta yang menyertai Sukan bagi setiap sukan/disiplin.

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Ski alp 1 1 2
Jumlah 1 1 2

Ski Alp[sunting | sunting sumber]

Dengan memenuhi standard kelayakan asas, Malaysia telah melayakkan sekurang-kurangnya seorang pemain ski alpine lelaki dan seorang wanita.[12]

Atlet Acara Percubaan 1 Percubaan 2 Jumlah
Masa Ked. Masa Ked. Masa Ked.
Jeffrey Webb Slalom lelaki DNF Tidak mara
Aruwin Salehhuddin Slalom gergasi wanita 1:06.13 46 1:06.15 38 2:12.28 38
Slalom wanita DNF Tidak mara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022: Jeffrey Webb teruja diberi peluang sebagai pembawa bendera". Berita RTM. 12 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  2. ^ "NOCs List Beijing 2022". www.olympics.com/. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  3. ^ "Malaysia's mission at Beijing Winter Olympics begins". The Sun. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 5 February 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  4. ^ He, Eric (4 Februari 2022). "Malaysia makes second appearance at Winter Olympics". www.nbcolympics.com. NBC. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  5. ^ "Dua atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022". Astro Awani. 16 Disember 2021. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  6. ^ "MOM yakin Olimpik Musim Sejuk Beijing berjaya". Sinar Harian. 19 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  7. ^ "198th OCM Executive Council Meeting".
  8. ^ Lim, Teik Huat (20 Januari 2022). "Young pair out to shine on snow". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  9. ^ "Beijing-2022 Opening Ceremony Flag-Bearers". www.olympics.com/. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). 4 Februari 2022. Dicapai pada 4 Februari 2022.
  10. ^ "Beijing-2022 Closing Ceremony Flag-Bearers" (PDF). www.olympics.com/. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). 20 FebruarI 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Asian NOC flagbearers for Beijing 2022 closing ceremony". www.ocasia.org. Majlis Olimpik Asia. 20 Februari 2022. Dicapai pada 21 Februari 2022.
  12. ^ "ALPINE SKIING QUOTAS LIST FOR OLYMPIC WINTER GAMES 2022". www.data.fis-ski.com/. Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS). 15 Jun 2021. Dicapai pada 4 Julai 2021.