Mama Aku Ingin Pulang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mama Aku Ingin Pulang adalah album pasca kematian pertama penyanyi rock Indonesia, Nike Ardilla yang diterbitkan pada tahun 1995. Ini kerana album ini dikeluarkan selepas beberapa hari pemergian beliau akibat maut dalam kemalangan jalan raya pada 19 Mac 1995 yang lalu. Lagu-lagu didalam album ini adalah merupakan koleksi lagu-lagu yang tidak diterbitkan sewaktu hayat beliau disebabkan permintaan penyanyi ini sendiri ketika itu.

Mama Aku Ingin Pulang
Album studio oleh
Dilancarkan pada1995
Dirakamkan pada1992-1995
GenreSlow Rock, Pop Rock
Panjang47:54
SyarikatMusic Plus
Blackboard Indonesia
PenerbitIwan Sastrawijaya
Kronologi Nike Ardilla
Sandiwara Cinta
(1995)
Mama Aku Ingin Pulang
(1995)
Suara Hatiku
(1996)
Single daripada Mama Aku Ingin Pulang
  1. "Mama Aku Ingin Pulang"
    Dikeluarkan: 1995
  2. "Mengapa Harus Berpisah"
    Dikeluarkan: 1995
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Single[sunting | sunting sumber]

Mama Aku Ingin Pulang
  • Lagu ini sebenarnya sudah pun dirakamkan disekitar tahun 1993 dengan judul awalnya bertajuk Ingin Pulang. Namun kerana pihak penerbit yang inginkan lagu ini tampak lebih komersial lalu ditukarkan menjadi Mama Aku Ingin Pulang. Khabarnya Nike Ardilla pernah sempat menolak untuk merakamkan lagu ini pada awalnya ketika itu disebabkan lirik dan melodinya yang terlalu sendu. Namun kerana pihak penerbit lagu sudah terikat dengan kontrak, maka beliau harus juga menyiapkan proses rakaman lagu ini. Selesai sesi rakaman, beliau pun meminta kepada pihak penerbit agar lagu ini tidak diterbitkan dan tidak dimuatkan ke dalam album baharunya ketika itu. Permintaannya itu ditunaikan lalu lagu ini terus diberikan kepada penyanyi Poppy Mercury. Sesudah pemergiannya, barulah lagu ini diterbitkan didalam sebuah album yang menggunakan judul yang sama.


Mengapa Harus Berpisah
  • Manakala secara rasminya lagu Mengapa Harus Berpisah hasil ciptaan Papa T. Bob ini merupakan lagu rakaman yang terakhir sekali yang dirakamkan oleh Nike Ardilla sepanjang hayatnya. Ini kerana menurut keterangan pencipta lagu ini sendiri, lagu ini telahpun dirakam sekitar seminggu sebelum diva rock terkenal itu terlibat dalam kemalangan jalan raya lalu meninggal dunia pada 19 Mac 1995.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenciptaMasa
1."Mama Aku Ingin Pulang"Youngky R.M5:45
2."Mengapa Harus Berpisah"Papa T. Bob5:40
3."Cerita Lama"Chairul4:29
4."Biarlah"Dadang S. Manaf3:40
5."Jangan Diulang"Sandy Laraz, Harry Minggoes4:39
6."Kehadiranmu"Pance F. Pondaag4:44
7."Garis Nasib"Jati4:41
8."Warna Cinta Kita"Wildan HS4:46
9."Jangan Lari Dari Kenyataan"Deddy Dhukun, Sam Bobo4:10
10."Ku Terima Cintamu"Yonny Dores4:51
Jumlah masa: 47:54


Rujukan[sunting | sunting sumber]