Margaret J. Winkler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Margaret J. Winkler ialah seorang tokoh terpenting dalam sejarah perfileman animasi bisu, kerana memainkan peranan penting dalam riwayat Max dan Dave Fleischer, Pat Sullivan, Otto Messmer, dan Walt Disney. Beliau juga wanita pertama yang menerbit dan mengedarkan filem animasi.

Winkler memulakan kerjayanya sebagai setiausaha peribadi Harry Warner, salah seorang pengasas Warner Brothers. Sepanjang zaman filem bisu ini, Warner Brothers sekadar mengedar filem sahaja, atas ketentuan urusniaga Harry Warner. Pada tahun 1917, Warner Brothers mula mengedar kartun dengan Mutt and Jeff di New York dan New Jersey. Warner mengagumi bakat Winkler, sehingga apabila Max and Dave Fleischer, pemilik Fleischer Studios, mengemukakan siri Out of the Inkwell kepada Warner, Warner menyerahkan kerja kepada Winkler serta menggalakkannya untuk mendirikan syarikat pengedaran sendiri, iaitu Winkler Productions.

Pada tahun 1922, Winkler memujuk Pat Sullivan (dari Pat Sullivan Productions) agar menandatangai harta Felix the Cat yang hangat ketika itu. Tindakan ini mengukuhkan namanya sebagai pengedar nombor satu di dunia kartun. Pada akhir tahun itu, dalam meraikan kejayaan Winkler, adik-beradik Fleischer pula meninggalkannya untuk membentuk syarikat pengedaran mereka sendiri, iaitu Red Seal Pictures.

Sebanyak mana pun pertolongannya kepada Winkler, namun Pat Sullivan lama-kelamaan bertelingkah dengan Winkler. Pada September 1923, Sullivan dalam percubaan memperbaharui kontraknya, mengemukakan tuntutan yang di luar kemampuan Winkler, maka kesudahannya Winkler Pictures kehilangan bintang terkenalnya. Mujurlah Winkler membuka matanya pada segelendong filem rintis bertajuk "Alice's Wonderland" yang dihantar oleh Walt Disney, kemudian dikenali sebagai siri "Alice's Comedies". Winkler kagum dengan idea seorang gadis lakonan sebenar dalam dunia kartun, lalu mengkontrak Disney selama setahun walaupun studio yang membikin kartun itu sudah muflis.

Apapun, Disney mendirikan sebuah studio baru bernama Disney Brothers (studio kartun sulung di Hollywood, kemudian bertukar nama menjadi Walt Disney Studio) di samping berupaya memenuhi terma-terma kontrak sebaik-baiknya sepanjang masa dalam naungan Winkler yang mendesak agar dapat menyunting semua filem "Alice Comedies" sendiri. Antara cadangannya termasuk penambahan watak Julius yang amat serupa dengan Felix.

Pada tahun 1924, Margaret mengahwini Charles B. Mintz yang bekerja untuknya sejak tahun 1922. Selepas itu, beliau melahiran anak sulungnya dan bersara dari perniagaan, sambil menyerahkan syarikatnya kepada Mintz.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • John Canemaker; Felix: The Twisted Tale of the World's Most Famous Cat; Pantheon Books; ISBN 0-679-40127-X (1991)
  • Donald Crafton; Before Mickey: The Animated Film, 1898-1928; University of Chicago Press; ISBN 0-226-11667-0 (2nd edition, paperback, 1993)
  • Denis Gifford; American Animated Films: The Silent Era, 1897-1929; McFarland & Company; ISBN 0-89950-460-4 (library binding, 1990)
  • Leonard Maltin; Of Mice and Magic: A History of American Animated Cartoons; Penguin Books; ISBN 0-452-25993-2 (1980, 1987)
  • Russell Merritt and J. B. Kaufman; Walt in Wonderland: The Silent Films of Walt Disney; Johns Hopkins University Press; ISBN 0-8018-4907-1 (paperback, 1993)