Markas Angkatan Bersekutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang Markas Angkatan Bersekutu.

Markas Angkatan Bersekutu atau Allied Force Headquarters (AFHQ) adalah ibupejabat yang mengawal semua pasukan-pasukan operasi Pihak Bersekutu di Kancah Mediterranean Perang Dunia II dari hujung tahun 1942 hingga berakhirnya perang di Eropah pada Mei 1945.

AFHQ telah ditubuhkan di United Kingdom pada Ogos 1942 dibawah Leftenan Jeneral Dwight David Eisenhower untuk memerintah ketumbukan yang terbabit dengan Operasi Torch, iaitu penyerbuan pihak Sekutu ke atas Afrika Utara Perancis, yang ditetapkan pada bulan November. Eisenhower diberi jawatan Panglima Tertinggi, Angkatan Ekspedisi Bersekutu. Sejurus selepas penubuhan markas ini, perkataan "Ekspedisi" telah dipadam dari jawatannya, atas sebab-sebab keselamatan operasi. Eisenhower dengan itu menjadi Panglima Tertinggi, Angkatan Bersekutu.

Menjelang akhir tahun 1942, terdapat keperluan untuk menyatukan pemerintahan tentera Bersekutu di Afrika Utara, sejak mereka dari barat, Tentera Darat Pertama British, dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral Kenneth Arthur Noel Anderson, mendarat semasa Operasi Torch, dan mereka dari timur, Tentera Darat Kelapan British, diperintah oleh Leftenan Jeneral Bernard Law Montgomery, yang telah berjuang dan memenangi Pertempuran El Alamein Kedua, kini cukup dekat untuk koordinasi bersama. Oleh itu, pada Februari 1943, AFHQ juga mengambil alih kawalan Tentera Darat Kelapan yang mara dari timur.

Eisenhower kekal memerintah AFHQ sehingga Januari 1944, menyelia penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily (dengan nama kod Operasi Husky), yang bermula pada 10 Julai 1943 dan penyerbuan Bersekutu ke atas tanah besar Itali (nama kod Operasi Baytown dan Operasi Avalanche), pada 3 September 1943. Eisenhower kini berpangkat Jeneral penuh, kembali ke United Kingdom pada bulan Disember untuk mengambil alih pemerintahan tentera Bersekutu yang berkumpul untuk Operasi Overlord, iaitu pencerobohan Normandy, yang dijadualkan pada musim bunga 1944. Beliau telah digantikan oleh Jeneral Sir Henry Maitland Wilson. Jawatan Wilson menjadi Pemerintah Tertinggi, Kancah Operasi Mediterranean.

Wilson hanya memerintah selama hampir setahun, sehingga beliau dihantar ke Washington, D.C. pada Disember 1944 bagi menggantikan Fil Marsyal Sir John Greer Dill daripada Misi Staf Bersama British yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Wilson telah digantikan oleh Fil Marsyal Sir Harold Alexander yang merupakan Pemerintah Tertinggi AFHQ sehingga perang berakhir. Selepas perang AFHQ menjadi staf kecil antara sekutu yang bertanggungjawab bagi aktiviti-aktiviti pembubaran markas bersatu dan diperintah oleh Leftenan Jeneral Sir William Duthie Morgan sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Mediterranean.[1] AFHQ telah dibubarkan, efektif 17 September 1947, oleh Perintah Am 24, AFHQ, pada 16 September 1947.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mead, Richard (2007). Churchill's Lions: A biographical guide to the key British generals of World War II. Stroud (UK): Spellmount. m/s. 520. ISBN 978-1-86227-431-0.