Pemerintah Bersekutu Tertinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemerintah Bersekutu Tertinggi (Supreme Allied Commander) ialah jawatan yang disandang oleh komander paling kanan dalam pakatan tentera multinasional tertentu. Ia bermula sebagai satu istilah yang digunakan oleh Sekutu Barat semasa Perang Dunia II, dan pada masa ini hanya digunakan dalam NATO. Pemerintah Bersekutu Tertinggi yang terkini NATO ialah Jeneral A.S. Curtis M. Scaparrotti.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia II, para pemimpin Bersekutu melantik Pemerintah Tertinggi Bersekutu bagi mengurus angkatan bersenjata pelbagai negara dan pelbagai tatatertib untuk kancah perang tertentu. Pemerintah Bersekutu Tertinggi ini telah diberi kawalan operasi ke atas semua unit-unit udara, darat, dan laut di kancah tersebut. Dalam kes lain, panglima kanan diberi gelaran Panglima Tertinggi.

Pemerintah Bersekutu Tertinggi ini – telah diambil daripada para pemimpin paling kanan dalam Angkatan Tentera British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Komander ini melapor terus kepada Ketua Turus Gabungan British/Amerika, walaupun dalam kes Pasifik dan Asia Tenggara, pihak berkuasa pemerintahan nasional yang berkaitan daripada Ketua Turus Bersama Amerika atau Jawatankuasa Ketua Turus British mempunyai tanggungjawab untuk mengurus peperangan dalam kancah tersebut, bergantung pada kerakyatan Pemerintah Tertinggi.

Jeneral Tentera Darat Dwight D. Eisenhower berkhidmat dalam jawatan Pemerintah Bersekutu Tertinggi secara berturut-turut. Eisenhower merupakan Panglima Tertinggi, Angkatan Bersekutu bagi Kancah Mediterranean. Eisenhower kemudian bertugas sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SCAEF) di Kancah Eropah, bermula pada Disember 1943 dengan penubuhan markas pemerintahan ini untuk melaksanakan Pertempuran Normandy dan berakhir pada Julai 1945 sejurus selepas Akhir Perang Dunia II di Eropah. Pada tahun 1951, Eisenhower sekali lagi menjadi Pemerintah Bersekutu Tertinggi, orang pertama yang pernah menyandang jawatan itu dalam NATO (lihat bahagian seterusnya).

Fil Marsyal Henry Maitland Wilson menggantikan Eisenhower di kancah Mediterranean, diberi gelaran Pemerintah Bersekutu Tertinggi Mediterranean. Wilson telah digantikan oleh Fil Marsyal Harold Alexander, yang terus memimpin angkatan Bersekutu di sana sehingga berakhirnya perang.

Laksamana Lord Louis Mountbatten adalah Pemerintah Bersekutu Tertinggi Asia Tenggara (SACSEA) disepanjang kewujudannya. Beliau menggantikan Jeneral Archibald Wavell.

Generalisimo Chiang Kai-shek was named the Supreme Commander of Allied forces in the China war zone (CBI) on 1942. However, US forces in practice were usually overseen by General Joseph Stilwell, the Deputy Allied Commander in China and Markas Asia Tenggara (SEAC). Until late 1944 that the land forces chain of command was clarified, after Stilwell was recalled to Washington. His overall role, and the CBI command were then split among three people: Lt Gen. Raymond Wheeler became Deputy Supreme Allied Commander South East Asia; Maj. Gen. Albert Wedemeyer became Chief of Staff to Chiang, and commander of US Forces, China Theater (USFCT). Lt Gen. Daniel Sultan was promoted, from deputy commander of CBI to commander of US Forces, India-Burma Theater (USFIBT) and commander of the NCAC.

Jeneral Besar Douglas MacArthur telah dilantik Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Kawasan Pasifik Barat Daya (SWPA) pada 18 Jun 1942.[1] Namun, beliau lebih suka menggunakan gelaran Panglima Tertinggi. Semasa Pendudukan Bersekutu ke atas Jepun selepas perang, MacArthur memegang gelaran Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu (SCAP).

NATO[sunting | sunting sumber]

Istilah ini mula digunakan semula selepas pembentukan NATO pada tahun 1949. Pada tahun 1952, Markas Bersekutu Eropah telah ditubuhkan, dipimpin oleh Dwight D. Eisenhower. Beliau menjadi Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah (SACEUR). Tidak lama selepas itu, Markas Bersekutu Atlantik telah ditubuhkan, di Norfolk, Virginia, dibawah seorang Laksamana Tentera Laut A.S. Gelarannya ialah Pemerintah Bersekutu Tertinggi Atlantik (SACLANT), dan keseluruhan pemerintahan biasanya dikenali sebagai SACLANT. Kedua-dua Pemerintah Tertinggi adalah, sehingga tahun 2009, orang Amerika, dengan seorang timbalan dari negara NATO yang lain, walaupun hanya orang British dan Jerman yang pernah menyandang jawatan tersebut.

Pada Jun 2003, pemerintahan ini telah dirombak. Satu markas telah diberi tanggungjawab operasi, dan satu lagi untuk transformasi komponen pakatan tentera bagi menghadapi cabaran baru. Di Eropah, Markas Operasi Bersekutu telah ditubuhkan daripada bekas Markas Bersekutu Eropah, dan diberi tanggungjawab untuk semua operasi ketenteraan NATO di seluruh dunia. Namun, atas sebab-sebab perundangan, SACEUR mengekalkan gelaran tradisi termasuk Eropah.[2] Di Amerika Syarikat, SACLANT telah ditamatkan perkhidmatan dan Markas Transformasi Bersekutu (ACT) ditubuhkan. Ibupejabat ACT adalah di bekas ibupejabat SACLANT di Norfolk, Virginia, USA. Setiap pemerintahan mempunyai seorang Pemerintah Bersekutu Tertinggi sebagai komandernya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Milner, Samuel (1957). Victory in Papua (PDF). Washington, D.C.: United States Army Center of Military History. m/s. 22. LCCN 56-60004. OCLC 220484034. Dicapai pada 9 July 2012.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Pedlow, Evolution of NATO's Command Structure 1951-2009.
  3. ^ http://www.nato.int/cps/en/natohq/who_is_who.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]