Mashin Sentai Kiramager

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mashin Sentai Kiramager
GenreTokusatsu
Superhero
Aksi
Fantasi
Supernatural
Komedi
Pencipta
Dibangunkan oleh
Naruhisa Arakawa
PengarahKyohei Yamaguchi
Dibintangi oleh
  • Rio Komiya
  • Rui Kihara
  • Yume Shinjo
  • Atomu Mizuishi
  • Mio Kudo
  • Kohei Shoji
  • Daimaou Kosaka
Pelakon suara
Pencerita suara latar
Tomokazu Sugita
Lagu pembukaan"Mashin Sentai Kiramager"
Dinyanyikan oleh Yohei Onishi
Lagu penutup"Kiraful Miracle Kiramager"
Dinyanyikan oleh Takashi Deguchi
PenggubahJunichi Matsumoto
Negara asalJepun
BahasaJepun
Bilangan episod45
Penerbitan
Penerbit
  • Chihiro Inoue (TV Asahi)
  • Hiroatsu Shimakawa (TV Asahi)
  • Hideaki Tsukada (Toei Company)
  • Taku Mochizuki (Toei Company)
  • Kōichi Yada (Toei Agency)
  • Akihiro Fukada (Toei Agency)
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
  • TV Asahi
  • Toei Company
  • Toei Agency
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal08 Mac 2020 (2020-03-08) – 28 Februari 2021 (2021-02-28)
Kronologi
MengikutiKishiryu Sentai Ryusoulger
Diikuti olehKikai Sentai Zenkaiger
Pautan luar
Official website (TV Asahi)
Tapak sesawang penerbitan
  • TV Asahi
  • Toei Company
  • Toei Agency

Mashin Sentai Kiramager (Jepun: 魔進マシン戦隊センタイキラメイジャー, Hepburn: Mashin Sentai Kirameijā)[Note 1] adalah siri tokusatsu dari Jepun, ini merupakan siri pertama di era Reiwa (Kishiryu Sentai Ryusoulger bermula pada era Heisei dan melalui peralihan). Siri ini adalah siri ke-44 dari siri Super Sentai yang dihasilkan oleh Toei.[1][2][3] Motif utama Kiramager adalah jin, batu permata, dan kendaraan. Ini adalah Super Sentai keempat yang bertemakan kendaraan, sebelum ini didahului oleh Engine Sentai Go-onger. Super Sentai kedua yang bertemakan sihir sebelum ini Mahou Sentai Magiranger, dan juga yang pertama menggunakan motif jin.

Rancangan ini ditayangkan secara perdana pada 8 Mac 2020,[1][2][3] bergabung dengan Kamen Rider Zero-One dan kemudian, Kamen Rider Saber di dalam barisan Super Hero Time di stesen TV Asahi. Selepas episod akhir pada 28 Februari 2021, ianya digantikan oleh Kikai Sentai Zenkaiger.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang puteri dari Land of Jewels (Jepun: 宝石の国, Hepburn: Hōseki no Kuni) datang ke Bumi dengan Batu Kirama untuk mencari individu dengan "semangat yang berseri" dan kuat yang dikenali sebagai Kiramental (Jepun: キラメンタル, Hepburn: Kiramentaru) untuk menjadi Kiramager dan melawan ancaman dari Yodon, tentera empayar kegelapan.[1][2][3][5]

Dengan pertolongan dari Muryo Hakataminami, pengasas CARAT, sebuah organisasi swasta yang dibuat sebagai persediaan untuk serangan Yodon, Mabushina bertemu dengan seorang pelukis yang bersemangat Juru Atsuta, Tametomo Imizu pemain profesional e-Sukan, atlet hebat Sena Hayami, pelakon terkenal Shiguru Oshikiri dan pakar bedah berbakat Sayo Oharu, yang menerima tugas untuk melindungi Bumi sebagai Kiramager. Pasukan ini kemudian memperoleh ahli keenam: pemburu harta karun Takamichi Crystalia, Abang kepada Muryo yang di ambil sebagai anak angkat dalam keluarga Mabushina setelah dia menjadi kacukan separuh manusia / separuh Kristal.

Watak[sunting | sunting sumber]

Kiramager[sunting | sunting sumber]

Pelakon Peranan Kiramager Senjata Mecha
Rio Komiya Jūru Atsuta Kirama Red Kirama Sword
Kirama Shoot
Kirama Buster (Gabungan antara Kirama Sword dan Kirama Shoot)
Mashin Fire
Rui Kihara Tametomo Imizu Kirama Yellow Kirama Shoot Mashin Shovellow
Yume Shinjo Sena Hayami Kirama Green Kirama Sword Mashin Mach
Atomu Mizuishi Shiguru Oshikiri Kirama Blue Kirama Sword Mashin Jetter
Mio Kudo Sayo Ōharu Kirama Pink Kirama Shoot Mashin Helico
Kohei Shoji Takamichi Crystalia Kirama Silver Kirama Shiny Breaker Mashin GigantDriller


  • Jūru Atsuta (Jepun: 熱田 充瑠, Hepburn: Atsuta Jūru): Pelajar sekolah menengah artistik yang gemar melukis dan merupakan ahli termuda dan terakhir menyertai pasukan. Dia boleh bertukar menjadi Kirama Red (Jepun: キラメイレッド, Hepburn: Kiramei Reddo). Selepas menyertai kumpulan, dia dilantik sebagai ketua pasukan kerana dipilih oleh Kirama Stone Merah yang merupakan Batu Kirama terkuat, pada awalnya dia tidak yakin dengan hal ini sebelum akhirnya dia berjaya mengambil peranannya sebagai ketua pasukan. Dia sangat mudah mengenali ahli Kiramager yang lain (kecuali Tametomo) pada mulanya kerana populariti mereka dalam bidang masing-masing berbeza dengan dia hanya seorang pelajar sekolah biasa. Kerana hobinya yang suka melukis, dia memiliki Kiramental yang dapat mewujudkan apa yang dia bayangkan menjadi kenyataan setelah digambarkan, seperti mengubah Batu Kirama menjadi Mashin dan menggabungkannya menjadi Kiramaizin. Ia dapat bertukar menjadi Kirama Red (Jepun: キラメイレッド, Hepburn: Kiramei Reddo) dengan catchphrase "Inspirasi Berkilau!" (Jepun: ひらめきスパークリング!, Hepburn: Hirameki Supākuringu!, "Inspiration Sparkling!"). Mashinnya adalah Fire (Jepun: ファイヤ, Hepburn: Faiya), sebuah lori bomba dengan tangga yang luar biasa dan kekuatan luar biasa.
  • Tametomo Imizu (Jepun: 射水 為朝, Hepburn: Imizu Tametomo): Seorang pemain/gamers e-Sukan yang cemerlang dalam setiap pertempuran jarak jauh. Tametomo adalah tokoh abang untuk pasukan dan bersedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan. Walaupun begitu dia agak egois dan sombong ditunjukkan ketika dia mengaku sebagai "andalan" pasukan, yang tentunya ditolak oleh Kiramager yang lain. Kerana pada awal pertemuannya dia tidak begitu dikenali, dia mengembangkan hubungan yang tidak baik dengan Jūru, karena dia selalu mempersoalkan kemampuan dan keputusan Jūru bahkan dia selalu menolak salah satu keputusan tersebut. Tetapi setelah menunjukkan kemampuannya untuk membantu rakan seperjuangannya, dia dilantik sebagai timbalan ketua pasukan ketika Jūru tidak hadir. Dia boleh bertukar menjadi Kirama Yellow (Jepun: キラメイイエロー, Hepburn: Kiramei Ierō) dengan catchphrase "Tembakan Berarah!" (Jepun: 導きシューティング!, Hepburn: Michibiki Shūtingu!, "Guided Shooting!"). Mashinnya adalah Shovellow (Jepun: ショベロー, Hepburn: Shoberō), sebuah excavator yang mampu berjalan di dinding dan melemparkan bom dengan kelajuan yang luar biasa.
  • Sena Hayami (Jepun: 速見 瀬奈, Hepburn: Hayami Sena): Seorang atlet berlari terkenal yang cemerlang dalam pelbagai kejohanan larian dan terkenal dengan kelajuan lariannya yang tinggi. Dia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi orang di sekelilingnya terutama dengan rakan-rakannya di Kiramager kerana sifatnya yang agak tidak stabil. Dianugerahi kemampuan dari segi kepantasan, dia sebelumnya diberi julukan "Speed ​​Queen" dalam permainan karuta dan akhirnya dia memilih jalan untuk menjadi atlet lari hingga sekarang. Pada mulanya dia menolak Jūru sebagai ketua pasukan kerana dia menyangka Jūru mengambil kedudukan kerana sombong. Tetapi dia menerima Jūru sebagai ketua pasukan setelah mendengar secara langsung bahawa Jūru menganggap keadaannya akan baik biarpun sebagai Kiramager ataupun sebagai seorang atlet lari. Dia boleh bertukar menjadiKirama Green (Jepun: キラメイグリーン, Hepburn: Kiramei Gurīn) dengan catchphrase "Kepantasan Kilat!" (Jepun: 突撃ライトニング!, Hepburn: Totsugeki Raitoningu!, "Rush Lightning!"). Mashinnya adalah Mach (Jepun: マッハ, Hepburn: Mahha), sebuah supercar dengan kemampuan yang sama.
  • Shiguru Oshikiri (Jepun: 押切 時雨, Hepburn: Oshikiri Shiguru): Seorang pelakon aksi profesional yang tampan dan cemerlang dalam bidang pedang. Walaupun popular sebagai pelakon aksi, peminatnya tidak menyukai ekspresi di wajahnya yang kaku seperti patung, wajah yang marah tanpa ekspresi di luar aktiviti penggambaran atau kehidupan normal. Di sebalik sikapnya dingin dan ekspresi wajah yang marah yang ditunjukkannya, sebenarnya dia malu untuk mengekspresikan dirinya, apabila dia membuat begitu dia menganggap lebih baik menyimpan perasaan ini agar tidak mengganggu orang-orang di sekelilingnya, seperti seorang pahlawan yang menderita di sebalik senyuman. Sebaik sahaja Jūru dan yang lain mengetahui rahsia ini, Shiguru perlahan-lahan menunjukkan sikapnya sebenarnya. Dengan Kiramentalnya, dia dapat mengendalikan kekuatan slash ketika menggunakan pedang ketika bertarung, sehingga dapat memukul sasaran dengan tepat tanpa menyakiti orang lain di sekelilingnya. Dia boleh bertukar menjadi Kirama Blue (Jepun: キラメイブルー, Hepburn: Kiramei Burū) dengan catchphrase "Ketajaman Tidak Dapat Dihentikan!" (Jepun: 切っ先アンストッパブル!, Hepburn: Kissaki Ansutoppaburu!, "Sharp Unstoppable!").Mashinnya adalah Jetter (Jepun: ジェッタ, Hepburn: Jetta), sebuah pesawat jet dengan sayap pemotong.
  • Sayo Ōharu (Jepun: 大治 小夜, Hepburn: Ōharu Sayo): Seorang doktor berbakat dalam seni mempertahankan diri "aikido" dan berkhidmat sebagai pakar bedah. Selain menjadi pakar bedah, dia berminat dengan perkara lain seperti fesyen dan kecantikan, di mana salah satu keinginannya adalah menjadi model CARAT.Dia tidak suka pembuli dan akan menggunakan aikido untuk menakut-nakutkan dan menghukum mereka yang cuba membuli dirinya. Kerana minatnya dalam hal-hal kewanitaan, dia mudah terganggu oleh barang-barang lawa seperti permata dan bunga. Dia boleh bertukar menjadi Kirama Pink (Jepun: キラメイピンク, Hepburn: Kiramei Pinku). Mashinnya adalah Helico (Jepun: ヘリコ, Hepburn: Heriko) dengan catchphrase "Kemahiran Luar Biasa!" (Jepun: 手さばきインクレディブル!, Hepburn: Tesabaki Inkurediburu!, "Deft Incredible!"). sebuah helikopter dengan bilah-bilah reflektif.
  • Takamichi Crystalia (Jepun: クリスタリア 宝路, Hepburn: Kurisutaria Takamichi): Seorang pemburu harta karun dengan keperibadian yang sangat positif. Dilahirkan sebagai Takamichi Hakataminami (Jepun: 博多南 宝路, Hepburn: Hakataminami Takamichi), dia pada asalnya adalah abang kandung kepada Muryō dan menjadi anak angkat kepada Oradin dan merupakan abang angkat kepada Puteri Mabusheena. Takamichi adalah manusia biasa yang pada awalnya berkawan rapat dengan Oradin. Kemudian dalam ekspedisi, Monstone memasuki ke dalam tubuhnya dan membunuh Takamichi. Oradin membawanya ke Crystalia dan kemudian berjaya menghidupkannya kembali sebagai separuh Crystalia separuh manusia dan sepertinya tidak kelihatan tua selama tiga puluh tahun (mungkin dari kesan kebangkitannya). Dia berumur 47 tahun, menjadikannya Kiramager tertua. Namun, kerana Batu Kiramai ditanam di tubuhnya, dia kelihatan berusia 17 tahun. Dia boleh bertukar menjadi Kirama Silver (Jepun: キラメイシルバー, Hepburn: Kiramei Shirubā) dengan catchphrase "Tembusan Bersinar!" (Jepun: 貫きシャイニング!, Hepburn: Tsuranuki Shainingu!, "Pierce Shining!"). Mashinnya adalah Drijan (Jepun: リジャン, Hepburn: Dorijan), sebuah trak separa treler dilengkapi dengan gerudi tiga sisi raksasa dan dua cangkuk di sebelahnya.

Sekutu[sunting | sunting sumber]

  • Princess Mabushina (Jepun: マブシーナ王女, Hepburn: Mabushīna-ōjo): Adalah seorang Puteri dari Kerajaan Crystalia yang merupakan anak kepada Raja Oradin dan Ratu Mabayuine, anak saudara kepada Galza dan adik angkat kepada Takamichi Crystalia.
  • Muryō Hakataminami (Jepun: 博多南 無鈴, Hepburn: Hakataminami Muryō): Adalah Mentor Kiramagers. Berumur 45 tahun, merupakan pengasas kapada sebuah syarikat bernama CARAT, yang memberikan bantuan dan pengubah suai kepada Kiramager terhadap pencerobohan Tentera Yodon di Bumi, merupakan kawan baik Raja Oradin, iaitu bapa kepada Puteri Mabushina.
  • King Oradin (Jepun: オラディン王, Hepburn: Oradin-ō): Adalah suami kepada Ratu Mabayuine yang telah meninggal dunia, bapa kandung kepada Puteri Mabushina, bapa angkat kepada Takamichi Crystalia, dan Abang kepada Galza dan Raja kepada planet Crystalia yang dipaksa turun takta oleh Tentera Yodon.
  • Queen Mabayuine (Jepun: マバユイネ王妃, Hepburn: Mabayuine Ōhi): Adalah ratu akhir kepada Kerajaan Crystalia. Mabayuine adalah isteri kepada Raja Oradin, ibu kandung kepada Puteri Mabushina, ibu angkat kepada Takamichi Crystalia dan kakak ipar kepada Galza.

Yodonheim[sunting | sunting sumber]

Dark Empire Yodonheim (Jepun: 闇の帝国ヨドンヘイム, Hepburn: Yami no Teikoku Yodonheimu) adalah sebuah kerajaan yang menakluki Crystalia sebelum pencerobohan mereka di Bumi.

  • Emperor Yodon (Jepun: ヨドン皇帝, Hepburn: Yodon Kōtei): Adalah penguasa misteri Dark Empire Yodonheim dan watak antagonis utama Mashin Sentai Kiramager. Yodon ingin menghapuskan manusia dan menjadikan Bumi menjadi gurun tandus yang mampu menyokongnya.
  • Treacherous Demon General Garza (Jepun: 裏切りの鬼将軍ガルザ, Hepburn: Uragiri no Oni-shogun Garuza): Salah seorang jeneral Tentera Yudon. Garza adalah adik kepada Raja Oradin dan bapa saudara Puteri Mabushiina, juga pengkhianat dari Crystalina.
  • Dark Masked Magician Crantula (Jepun: 闇の仮面遣クランチュラ, Hepburn: Yami no Kamen-tsukai Kuranchura): Seorang jeneral lain dari Tentera Judon. Crantula juga adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Jamenshi dari Bechats melalui Jamennya, yang juga dapat mengubah Dark Beasts menjadi Jamen Beasts.
  • Yodonna (Jepun: ヨドンナ, Hepburn: Yodonna): Adalah salah seorang jeneral Dark Empire Yodonheim, dan pembantu peribadi Maharaja Yodon. Kemudian terungkap bahawa, yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri, Yodonna adalah salah satu keperibadian Emperor Yodon dan aspek langsung dari dirinya.
  • Shadon (Jepun: シャドン, Hepburn: Shadon): Adalah jeneral dan algojo Dark Empire Yodonheim di Mashin Sentai Kiramager. Seperti Yodonna, Shadon juga adalah salah satu keperibadian Emperor Yodon dan aspek langsung dari dirinya.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Secara harfiah diterjemahkan sebagai Pasukan Mesin Kiramager.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "2020年スーパー戦隊シリーズ 『魔進戦隊キラメイジャー』 2020年3月8日(日)午前9時30分~放送スタート!!" (dalam bahasa Jepun). Toei Company. 2019-12-26. Dicapai pada 2019-12-26.
  2. ^ a b c "スーパー戦隊第44弾は「魔進戦隊キラメイジャー」!放送に先駆けて映画を公開" (dalam bahasa Jepun). Natalie. 2019-12-26. Dicapai pada 2019-12-26.
  3. ^ a b c "Mashin Sentai Kiramager Team Announced". Tokusatsu Network. 2019-12-26. Dicapai pada 2019-12-26.
  4. ^ 商標速報bot [@trademark_bot] (22 September 2020). "機界戦隊ゼンカイジャー / KIKAISENTAI ZENKAIGER" (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 25 September 2020 – melalui Twitter.
  5. ^ "『キラメイジャー』豪華声優陣が集結 中村悠一&杉田智和が兄弟役 鈴村健一、水瀬いのりも" (dalam bahasa Jepun). Agara. 2020-01-16. Dicapai pada 2020-01-18.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Kishiryu Sentai Ryusoulger
Super Sentai
2020 – 2021
Diikuti oleh:
Kikai Sentai Zenkaiger