Masjid Haji Ahmad Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Haji Ahmad Ibrahim
مسجد حاج احمد إبراهيم
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Kampung Rhu Rendang
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamMohammad @ Abd.aziz Bin Muda 2017 (Imam Besar)
Deraman @ Haji Mohd Dom Bin Mat Nong 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-MRG-00214
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
LokasiMasjid Haji Ahmad Ibrahim,
Kampung Rhu Rendang, Rusila,
21800 Marang,
Terengganu Darul Iman
Koordinat5°13′27″N 103°11′47″E / 5.224182°N 103.196474°E / 5.224182; 103.196474Koordinat: 5°13′27″N 103°11′47″E / 5.224182°N 103.196474°E / 5.224182; 103.196474
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Haji Ahmad Ibrahim

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Haji Ahmad Ibrahim merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Rhu Rendang, Rusila, 21800 Marang, Terengganu Darul Iman.[1]

Masjid Ahmad Ibrahim ini mengambil konsep reka bentuk tempatan, terutama reka bentuk kubah berbentuk payung kembang, menurut konsep kubah yang terdapat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun begitu saiz kubah masjid ini tidaklah sebesar kubah Masjid Negara tersebut. Hanya bumbung bahagian tengah bangunan masjid sahaja yang diletakkan kubah sedemikian, manakala bumbung yang lain dibina daripada jenis atap genting berbentuk menjurus ke bawah dan curam bagi membolehkan pengaliran air dengan baik sekiranya hujan turun serta dapat meminimumkan kadar kebocoran atap. Selain itu reka bentuk bangunan masjid ini turut menggabungkan konsep tradisi Melayu, iaitu menggunakan bumbung limas dan tebar layar.

Masjid ini turut mempunyai sebuah menara yang mengadaptasi reka bentuk sekaki payung, iaitu inspirasi penciptaan kubah pada masjid ini. Namun begitu bentuknya direka lebih menguncup ke bawah. Ia dibina secara terpisah daripada bangunan utama.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Haji Ahmad Ibrahim,
[[Kampung Rhu Rendang
21600Marang,
Terengganu Darul Iman

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Haji Ahmad Ibrahim memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-MRG-00214.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Haji Ahmad Ibrahim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-31. Dicapai pada 2017-12-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]