Masjid Kampung Berisu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Berisu
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada1922
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Ishak Bin Dagang 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00017
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah
LokasiMasjid Berisu,
Km. 40,
Berisu,
78100 Lubuk Cina
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Berisu

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Berisu merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 40, Berisu, 78100 Lubuk Cina, daerah Alor Gajah, Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Berisu,
Km. 40,
Berisu,
78100 Lubuk Cina
Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Berisu telah dibina sekitar tahun 1922 di atas tanah yang diwakafkan untuk dijadikan tapak bagi mendirikan sebuah masjid di kampung Berisu. Hasrat murni Allahyarhamah ini diberitahu kepada anaknya Allahyarham Mohammad bin Ibrahim bagi melaksanakan hasratnya. Keikhlasan keluarga ini telah disambut dengan rasa terharu dan bangga oleh Allahyarham Penghulu Haji Said Bin Tajid, Bilal Jusoh dan rakan-rakan sekampung. Dengan itu, Penghulu Haji Said bin Tajid dan penduduk kampung sepakat untuk mengumpulkan dana untuk membina masjid.Ini kerana tapak untuk medirikan masjid telah ada.

Penduduk kampung Berisu bersama-sama turut menyumbang, malah ada segelintir dari penduduk kampung Berisu dikala itu, sanggup menjual, sebahagian dari tanah mereka bagi bersama-sama menyumbang kepada tujuan tersebut. Dengan berbekalkan dana yang ada dan tulang empat kerat bersama semangat yang gigih, Allahyarham Penghulu Said dan rakan-rakan memulakan kerja-kerja penambakan dan meratakan tanah yang diwakafkan tadi beramai-ramai secara bergotong-royong. Kereta lembu digunakan ketika itu, bagi mengangkut pasir, batu dan kayu dan masjid itu dibina secara gotong royong untuk mengalas kayu-kayan yang sederhana, bagi mendirikan atap masjid. Masjid ini siap dibina dalam tahun 1926 dengan derma orang ramai.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Berisu memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00017.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]