Masjid Sheikh Zayed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Syeikh Zayed dalam pembinaan

Masjid Sheikh Zayed
Maklumat umum
Lokasi Abu Dhabi
 Emiriah Arab Bersatu
Koordinat geografi 24°24′44″N 54°28′28″E / 24.41222°U 54.47444°T / 24.41222; 54.47444
Hubungan keagamaan Islam
Keterangan seni bina
Arkitek Mohammad Ali Al-Ameri
Jenis seni bina Masjid
Tarikh siap 2007
Kos pembinaan Dua bilion dirham ($545 juta)
Spesifikasi
Kapasiti 40,000
Bilangan kubah 82 kubah dengan 7 saiz
Tinggi kubah (luar) 75 m
Diameter kubah (luar) 32.2 m
Bilangan menara masjid 4
Tinggi menara masjid 107 m


Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia[1]. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:

  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi.[2] Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.[3].

Kedua-dua rekod ini sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]