Menara masjid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menara sebuah masjid di Aswan, Mesir

Sebahagian dari siri
Masjid

Pahýl - Mešita.png

Seni bina

Mihrab · Menara · Mimbar

Gaya seni bina

Sudan-Sahel · Iwan

Lain

Pengubahan · Qadam Rasul

Masjid di merata dunia

Afrika · Asia · Australia
Amerika Utara · Amerika Selatan
Amerika Syarikat · Eropah

Lihat juga

Islam · Muslim · Surau · Kiblat

Portal Islam

Menara masjid (Bahasa Arab: منارة‎, manara, rumah api) adalah salah satu reka bentuk masjid di dunia Islam. Menara masjid biasanya merupakan menara yang tinggi yang mempunyai pembesar suara untuk azan. Menara masjid boleh jadi merupakan menara berasingan dari bangunan masjid atau cuma tambahan tinggi pada bangunan utama.

Kegunaan menara masjid[sunting | sunting sumber]

Menara Qutb Minar

Pada sesetengah masjid lama seperti Masjid Agung Damsyik, menara masjid asalnya digunakan sebagai menara pemerhati yang diterangi (rumah api). Pada masa sekarang, fungsi utamanya adalah tempat untuk melaungkan azan, panggilan untuk solat umat Islam. Namun, pada kebanyakan masjid moden, azan dilaungkan dari dalam masjid namun pembesar suara diletakkan pada menara masjid supaya kedengaran lebih kuat dari suara yang dilaung.

Menara masjid yang tertinggi dunia (210 meter) terletak di Masjid Sultan Hassan II di Casablanca, Maghribi. Terdapat 2 menara masjid yang berketinggian 230 meter sedang dalam pembinaan di Tehran, Iran. Menara masjid batu tertinggi di dunia pula terletak di Qutub Minar di Delhi, India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]