Masjid Wilayah Persekutuan
| Masjid Wilayah Persekutuan | ||
|---|---|---|
| [[Imej: |
||
| Masjid Wilayah Persekutuan | ||
| Penerangan | ||
| Lokasi | Jalan Duta, Kuala Lumpur | |
| Tempoh pembinaan | 1997 - 2000 | |
| Dibuka | 25 Oktober 2000 | |
| Maklumat teknikal | ||
| Keluasan | 47,000 m² | |
| Bilangan kubah | 22 | |
| Bilangan tingkat | 4 | |
| Kos | RM255 juta | |
| Kapasiti jemaah | 17,000 | |
| Syarikat | ||
| Arkitek | Jabatan Kerja Raya Malaysia | |
| Kontraktor | Johawaki-Ahmad Zaki Joint Venture | |
Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks MATRADE dan pejabat kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).[1]
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.[2] Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini adalah masjid ke-44 dalam bandar itu yang dibina oleh kerajaan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.[1]
[sunting] Seni bina
Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.[2]
[sunting] Pautan luar
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 Masjid Wilayah Persekutuan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
- ↑ 2.0 2.1 Masjid Wilayah, Ashtech Holdings Sdn Bhd.