Masnaida Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masnaida Samsudin
Kelahiran1979 (umur 44–45)
Nama lainMasnaida Samsudin Storey, Naida
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif1999–2009

Masnaida Samsudin merupakan seorang bekas pelakon dan pengacara televisyen Malaysia.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Masnaida memulakan kerjaya sebagai pengacara apabila beliau menjadi pengacara rancangan Salaam Bollywood selepas terpilih dalam ujibakat yang disertai oleh 200 calon wanita.[4] Ia disiarkan di Astro Ria pada jam 10.30 malam setiap Sabtu dan Astro Vaanavil pada 8.30 malam setiap Isnin.[5][6]

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Anak Mami The Movie (2002), tetapi paling dikenali menerusi lakonannya dalam filem Diari Romeo.[7] Selepas menamatkan kerjaya lakonan, beliau berkhidmat di Pinewood Iskandar Malaysia Studios (kini Iskandar Malaysia Studios).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Anak Mami The Movie Sabrina
2003 Diari Romeo Munah 70-an
Mistik Rina
2004 Ah Loke Kafe

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2001–2003 Salaam Bollywood Astro Vaanavil

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abie Abdullah (6 Mei 2001). "Ilmu harta paling berharga". Metro Ahad. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  2. ^ Haliza Ahmad (31 Ogos 2000). "Masnaida makes her own magic". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  3. ^ Marina Abdul Ghani (22 September 2000). "X-treme Naida". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  4. ^ Ahmad Saufi Mansor (13 Mei 2001). "Salam Naida". Metro Ahad. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  5. ^ "Naida ceriakan Salaam Bollywood". Utusan Malaysia. 13 Januari 2001. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  6. ^ Zubir Mohd Yunos (5 Disember 2000). "Naida sebati dengan Bollywood". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  7. ^ Ramlah Zainal (1 Jun 2003). "Visi Masnaida". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]