Masyarakat majmuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masyarakat Majmuk)
Lompat ke: pandu arah, cari

Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan China.

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain kepulauan Indonesia.