Mat Mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mat Mega
Nama lahirMohamed bin Sulaiman
Juga dikenali sebagai
Mat Mega
KelahiranJohor Bahru, Johor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock, Balada
PekerjaanPemuzik
InstrumenBass
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
Jojo's Production
BMG Music
Pengkarya berkait
Kumpulan Mega
Kumpulan FRU
Akim Ahmad
Sofie S.

Mat Mega[1] atau nama sebenarnya Mohamed bin Sulaiman merupakan pemain bass kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu kumpulan Mega. Walaupun Mega telah ditubuhkan pada tahun 1988, Mat Mega mula menganggotai kumpulan tersebut pada tahun 1989 setelah pemain bass asalnya, Lomaq menarik diri ketika proses rakaman album pertama yang diberi judul MEGA masih berjalan.

Sebelum menyertai kumpulan Mega, Mat Mega merupakan pemain bass kumpulan FRU di mana kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Dato' Hattan (vokal, kini bergerak solo) dan Munir (dram, kemudian menyertai Mega pada tahun 1990). Mat Mega juga merupakan saudara kandung kepada penyanyi era 80-an iaitu Sofie S. dan bapa saudara kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-7 iaitu Akim Ahmad.