Matteo Politano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matteo Politano
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1993-08-03) 3 Ogos 1993 (umur 30)
Tempat lahir Rom, Itali
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)[1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
(dipinjam dari Inter Milan)
Nombor 21
Kerjaya remaja
2008–2012 Roma
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Roma 0 (0)
2012–2013Perugia (pinjam) 28 (8)
2013–2015 Pescara 72 (11)
Sassuolo
2018–2019Inter Milan (pinjam) 36 (5)
2019–2021 Inter Milan 11 (0)
2020–2021Napoli (pinjam) 52 (11)
2021– Napoli 64 (8)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Itali B19 3 (0)
2012–2014 Itali B20 7 (3)
2013 Itali B21 2 (0)
2018– Itali 11 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2023

Matteo Politano (sebutan bahasa Itali: [matˈtɛːo poliˈtaːno]; lahir 3 Ogos 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Serie A, [[S.S.C. Napoli|Napoli] dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Roma[sunting | sunting sumber]

Politano merupakan produk daripada kelab akademi Roma, di mana beliau telah merangkul Liga "Allievi" B17, Campionato Nazionale Primavera pada tahun 2011 dan Coppa Italia Primavera pada tahun 2012. Beliau merupakan penjaring gol keenam terbanyak bagi skuad akademi ketika musim 2011–12 (7 gol) di belakang Junior Tallo, Nicolás López, Gianluca Leonardi, Federico Viviani dan Giammario Piscitella. Pada Julai 2012, Politano telah dipinjamkan ke kelab Perugia. Beliau telah melakukan penampilan sulungnya dalam aksi Coppa Italia. Politano telah menjadi tonggak utama pasukan ketika kempen bagi musim 2012-13 dengan menjaringkan tiga gol di dalam lima penampilan awalnya pada bulan September.

Pescara[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2013, Pescara telah menandatangani Politano (€500,000) dan Piscitella (€1.5 juta) sebagai sebahagian daripada rundingan yang untuk membawa pulang Gianluca Caprari ke Roma (€2 juta). Namun, Caprari kembali semula ke Pescara (€1.5 juta) pada Januari 2014.

Pada 27 Jun 2015, Roma mendapatkan semula Politano dengan bayaran €601,000 apabila Caprari telah kembali ke Pescara dengan nilai €125,000.

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2015, kelab Serie A iaitu Sassuolo telah mengikat Politano secara pinjaman bersama pilihan untuk membeli secara tetap. Pada Jun 2016, Sassuolo meneruskan perancangannya untuk membawa masuk Politano secara tetap.

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2018, Politano melakukan perpindahan ke Inter Milan secara pinjaman selama satu musim dari Sassuolo bersama pilihan untuk membelinya secara tetap pada Jun 2019.[2]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Inter pada 19 Ogos semasa perlawanan pembukaan Serie A bagi kempen 2018-19 ketika menentang kelab induknya, Sassuolo yang berkesudahan Inter tewas 1–0.[3] Pada 15 September, Politano telah melakukan dalam perlawanan ke-100nya di Serie A dalam aksi menentang Parma yang berkesudahan Inter kalah mengejut 1-0 di laman sendiri. [4] Dua minggu seterusnya, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Tottenham Hotspur di San Siro dalam aksi pertama peringkat kumpulan.[5]

Pada 29 September, beliau membuka akaun jaringan golnya untuk Inter ketika menghasilkan gol dalam perlawanan Serie A menentang Cagliari dari jarak yang jauh.[6] Semasa kempen 2018–19, Politano merupakan pemain kedua paling banyak beraksi setelah Samir Handanović dengan tampil dalam 48 perlawanan di seluruh kejohanan.

Pada 19 Jun 2019, Inter telah menetapkan bahawa pihak kelab telah membeli Politano secara tetap dari Sassuolo.[7]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 5 November 2016, Politano telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali buat pertama kali untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Liechtenstein dan perlawanan persahabatan menentang Jerman ketika di bawah kendalian Gian Piero Ventura.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan Itali pada 28 Mei 2018 ketika di bawah bimbingan pengurus Roberto Mancini dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi.[9] Pada 20 November 2018, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Itali ketika beraksi dalam penampilan keduanya di pentas antarabangsa ketika membantu pasukannya menumbangkan Amerika Syarikat 1–0 di Genk.[10]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Ogos 2019.[11]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Perugia 2012–13 30 8 3 0 33 8
Itali Pescara 2013–14 31 6 1 0 32 6
2014–15 46 6 3 0 49 6
Jumlah 77 12 4 0 81 12
Itali Sassuolo 2015–16 28 5 1 0 29 5
2016–17 32 5 1 0 9 3 42 8
2017–18 36 10 3 1 39 11
Jumlah 96 20 5 1 9 3 110 24
Itali Inter Milan 2018–19 36 5 2 0 10 1 48 6
2019–20 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 37 5 2 0 10 0 49 6
Jumlah kerjaya 240 45 14 1 19 4 273 50
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2019.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 2 1
2019 1 0
Jumlah 3 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
20 November 2018 Genk, Belgium  Amerika Syarikat
1–0
1–0
Persahabatan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Statistiche e profilo Giocatore: Matteo Politano" (dalam bahasa Italian). Sassuolo Calcio. Dicapai pada 29 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Matteo Politano is a new Inter player". Inter Milan. 30 June 2018. Dicapai pada 30 June 2018.
  3. ^ Marcovitch, Joe (19 August 2018). "Sassuolo 1-0 Inter: Report, Ratings & Reaction as the Nerazzurri Slip to Defeat in Serie A Opener". 90min. Dicapai pada 20 August 2018.
  4. ^ "Inter-Parma, all you need to know". Inter Milan. 16 September 2018. Dicapai pada 8 October 2018.
  5. ^ Harry West (18 September 2018). "Inter 2 Tottenham 1: Icardi, Vecino complete dramatic late turnaround". Goal.com. Dicapai pada 19 September 2018.
  6. ^ "Results: Inter 2–0 Cagliari". legaseriea.it. Dicapai pada 30 September 2018.
  7. ^ "Matteo Politano signs for Inter on a permanent basis". Inter Milan. 19 June 2019. Dicapai pada 23 June 2019.
  8. ^ "Italy: Politano and Cataldi debut calls". football-italia.net. 5 November 2016. Dicapai pada 7 November 2016.
  9. ^ "Italy: Balotelli and Mancini ideal start". Football Italia. 28 May 2018. Dicapai pada 29 May 2018.
  10. ^ "Politano breaks the ice for Italy". Football Italia. 20 November 2018.
  11. ^ "Matteo Politano". Soccerway. Dicapai pada 29 May 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]