Maulana Bhashani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maulana Bhashani atau nama lengkapnya Maulana Abdul Hamid Khan Bhashani (Bahasa Bengali: মাওলানা ভাসানী; 1880-1976) adalah seorang pemimpin politik di Pakistan dan Bangladesh. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Dhangara, Tangail di Bangladesh. Bhashani adalah putera kepada Haji Sharafat Ali Khan.

Beliau memperolehi populariti dari petani kecil. Dijuluki sebagai Maulana Merah, beliau merupakan salah seorang pendiri dan ketua dari Parti Awam Nasional (NAP). Beliau telah berjuang dan bertempur melawan kolonialisme, baik di United Kingdom mahupun di Pakistan. Dukungannya terhadap Ayub Khan pada pemilihan Presiden pada tahun 1965 melawan calonnya sendiri Fatima Jinnah menyebabkan perpecahan parti pada tahun 1967. Pilihannya untuk memboikot pilihan raya umum Pakistan pada tahun 1970 menyebabkan kemenangan oleh Sheikh Mujibur Rahman. Beliau meninggal dunia pada tanggal 17 November 1976 di Dhaka, Bangladesh, dan dikuburkan di Santosh, Tangail.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]