Dhaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dhaka
Skyline of Dhaka City
Skyline of Dhaka City
Nama samaran: City of Mosques and Shrines
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
Koordinat: 23°42′0″N 90°22′30″E / 23.70000°U 90.37500°T / 23.70000; 90.37500
Negara Bangladesh
Daerah pentadbiran Daerah Dhaka
Kerajaan
 - Datuk bandar Sadeque Hossain Khoka
Kawasan
 - Bandar 315 batu persegi (815.85 km²)
Kepadatan (anggaran 2006)[1]
 - Bandar 6,724,976
 - Kepadatan 37,834.5/batu persegi (14,608/km²)
 - Metro 11,918,442
Zon masa BST (UTC+6)
Shahid Sriti Stombho - Sohrawardy Uddan.

Dhaka (ধাক), jumlah penduduk 6,844,131 (1991), ialah ibu kota Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut (seperti tali, guni dll). Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya.

Dhaka pernah pada suatu ketika menjadi ibu kota Empayar Mughal. Pada masa itu, ia dikenali sebagai "Jahangir Nagar", sempena maharaja Mughal, Jahangir. Dhaka berada di bawah perintah British pada 1765. Ia kemudiannya menjadi ibu kota Pakistan Timur pada tahun 1947 dan pada 1971, menjadi ibu kota negara Bangladesh yang merdeka. Sebelum ini, nama Dhaka dieja sebagai Dacca. [ [Imej:Dhaka-bangla-port.jpg|thumb|250px|right|Sadarghat, salah satu pelabuhan terpenting di Dhaka]]

Tempat-tempat penting[sunting | sunting sumber]

Universiti Dhaka, BUET, Universiti BRAC dan institut pengajian tinggi dan penyelidikan pertanian yang lain juga terdapat di bandar ini. Wilayah sekelilingnya memiliki kepadatan penduduk yang tinggi dan sering menghadapi masalah banjir monsun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]