Mean Girls

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mean Girls
MeanGirlsPoster.jpg
Theatrical release poster
Pengarah Mark Waters
Penerbit Lorne Michaels
Lakon layar Tina Fey
Konsep asal Queen Bees and Wannabes oleh
Rosalind Wiseman
Lakonan Lindsay Lohan
Rachel McAdams
Lizzy Caplan
Lacey Chabert
Amanda Seyfried
Tina Fey
Muzik Rolfe Kent
Sinematografi Daryn Okada
Penyuntingan Wendy Greene Bricmont
Studio SNL Studios
Pengedar Paramount Pictures
Mula ditayang April 30, 2004 (2004-04-30)
Tempoh ditayang 96 minutes
Negara United States
Bahasa English
Perbelanjaan $17 million[1]
Pulangan kasar $129,042,871[1]

Mean Girls adalah sebuah filem komedi/ drama remaja lakonan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan Jonathan Bennet, dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada 2004. Ianya ditulis oleh Tina Fey dan diarahkan oleh Mark Waters. Ianya berdasarkan buku Rosalind Wiseman “Queen Bees And Wannabees” tentang budaya “clique” di kalangan remaja perempuan di sekolah menengah yang melampaui batas. Topik filem ini agak serius dan dramatik, tetapi Tina Fey menyelitkan unsur unsur komedi dalam filem ini.

Filem ini medapat sambutan baik oleh penonton dan pengkritik, dan merupakan sebuah filem box office dengan pungutan $129, 042, 871 di seluruh dunia dan telah mencapai “cult status” sejak itu. Laman Pengkritik “Rotten Tomatoes” memberinya rating 83%.


Plot[sunting | sunting sumber]

Cady Heron (Lindsay Lohan) adalah watak utama dalam filem ini. Cady dibesarkan oleh ibu bapanya, sepasang zoologist, di Afrika selama 16 tahun sebelum mereka terpaksa berpindah ke Evanston, Illinois di Amerika Syarikat. Cady pada mulanya berasa kekok dengan suasana sekolah menengah di Amerika tetapi mula berteman dengan rakan sekelasnya yang agak ganjil, Janis Ian (Lizzy Caplan) dan Damian yang gay, yang mengatakan Cady agak “dalam”.

Mereka berdua memperkenalkan Cady kepada dunia “Clique” di sekolahnya dan memberi amaran tentang kumpulan “Plastics” kumpulan yang paling popular tetapi jahat. Mereka adalah Karen, si Bodoh, Gretchen, ratu gossip, dan diketuai oleh Regina George (Rachel McAdams) yang talam dua muka. Kumpulan Plastics menunjukkan minat terhadap Cady dan mempelawanya makan tengahari bersama mereka.

Cady mengetahui tentang Buku Bakar (Burn Book) kumpulan Plastik, sebuah buku nota dimana mereka menulis semua keburukan, khabar angin, rahsia, dan gossip buruk tentang guru dan pelajar perempuan lain. Cady juga jatuh cinta dengan Aaron Samuels (Jonathan Bennett), seorang jejaka di kelas Matematiknya tetapi kecewa teruk apabila mengetahui Aaron merupakan bekas teman lelaki Regina, dan apabila Regina mengetahui hal ini, dia mengambil balik Aaron selepas memberitahu Cady dia akan cuba mempasangkan mereka berdua.

Cady berpura pura menjadi sebahagian kumpulan Plastik tetapi meneruskan operasi membalas dendam dengan pertolongan Janis dan Damian. Mereka cuba menggemukkan Regina dengan Calteen Bars yang dikatakan makanan pelangsing. Cady juga cuba memusuhkan sesama Plastik menggunakan hasutan. Semangat Cady untuk menhancurkan Plastics makin naik apabila mengetahui Regina menghancurkan Janis semasa gred kesembilan dengan mengatakan bahawa Janis adalah lesbian kepada rakan rakan mereka. Cady mula hilang identitinya yang sebenar, apabila dia mula berpakaian dan bergaya seperti kumpulan Plastik, dan mula menjarakkan diri dari Janis dan Damian. Regina yang semakin gemuk disisihkan oleh Gretchen dan Karen dan mereka beralih perhatian kepada “Queen Bee” yang baru, iaitu Cady.

Cady mengadakan parti di rumahnya untuk meraikan populariti barunya dan sengaja tidak menjemput Regina, Janis dan Damian. Namun, di parti itu, Aaron Samuels menolak perasaan Cady terhadapnya kerana dia telah menjadi “klon” Regina. Rahsia Cady juga terbongkar apabila Regina mengetahui Cady telah mensabotaj dirinya.

Regina mengamuk lalu mem-fotokopi kandungan buku Burn Book dan keesokannya menyebarkannya di satu sekolah. Regina menuduh Cady, Gretchen dan Karen yang menulis buku ini di hadapan pengetua sekolah. Apabila pelajar sekolah nampak fotokopi burn book, satu sekolah mengamuk dan megadakan rusuhan. Pengetua Duvall dan Cikgu Norbury (Tina Fey) cuba mengawal kerosakan dengan mengadakan bengkel di mana semua pelajar berterus terang sesama sendiri tentang apa yang menyinggung perasaan mereka. Keadaan mula terkawal, tetapi apabila giliran Janis tiba, Regina mengutuknya lesbian. Janis membalas dengan membongkarkan bahawa dia telah merosakkan imej Regina dan kumpulan Plastik dengan bantuan Cady dan mendapat sokongan seluruh sekolah. Regina cuba lari, tetapi Cady megejarnya untuk meminta maaf untuk membendung kerosakan. Di luar sekolah, Regina akhirnya dilanggar bas sekolah.

Cady disisihkan oleh seluruh sekolah yang menuduhnya cuba untuk membunuh Regina, termasuklah kumpulan Plastik, Aaron, Janis dan Damian. Cady cuba untuk menanggung kesalahan untuk Buku Burn Book untuk menjernihkan keadaan. Dia juga menyertai kumpulan Mathletes yang dipandang rendah olehnya untuk meminta maaf terhadap Cikgu Norbury yang dikatakan pengedar dadah dalam Burn Book.

Dalam Pesta Spring Fling, Cady dijadikan permaisuri Spring Fling tetapi dalam ucapannya mengatakan bahawa dia tidak lebih hebat daripada rakan sekelasnya yang lain. Dia mematahkan tiaranya menjadi kepingan dan membahagikan kepingan itu. Dia juga kembali berkawan dengan Janis dan Damian, bermaafan dengan Aaron yang mula menunjukkan perasaan terhadap Cady, dan berbaik baik dengan kumpulan Plastik, yang telah berpecah.

Setahun kemudian, Regina akhirnya sembuh dan menyertai kumpulan lacrosse untuk menghilangkan kemarahannya. Karen mejadi Weathergirl di sekolahnya, dan Gretchen menyertai “Cool Asians”. Janis ternyata bukan lesbian apabila dia mula berpacaran dengan Kevin. Aaron masuk Universiti tetapi sering berjumpa Cady pada hujung minggu. Cady mengatakan bahawa dirinya telah menjadi manusia sebenar. Dia dan Damian ternampak kumpulan Plastik pelajar Junior lalu dekat mereka dan kemudiannya dilanggar bas. Ianya rupanya hanya imaginasi Cady. Dalam rancangan di sebalik tabir “Mean Girls”, pelakon Daniel Franzese yang melakonkan Damian mengatakan tentang Junior Plastik, “mereka terselamat dari bas, tetapi mereka masih flat (kemek).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lindsay Lohan sebagai Cady Heron

Rachel McAdams sebagai Regina George

Lizzy Caplan sebagai Janis Ian

Lacey Chabert sebagai Gretchen Wieners

Amanda Seyfried sebagai Karen Smith

Tina Fey sebagai Ms Sharon Norbury

Jonathan Bennett sebagai Aaron Samuels

Daniel Franzese sebagai Damian

Tim Meadows sebagai Principal Duvall

Amy Poehler sebagai Mrs George

Ana Gasteyer sebagai Mrs Heron

Neil Flynn sebagai Mr Heron

Rajiv Surendra sebagai Kevin Gnapoor

Diego Klattenhoff sebagai Shane Oman

Daniel DeSanto sebagai Jason

Ky Pham sebagai Trang Pak

David Reale sebagai Glen Coco

Lagu Soundtrack[sunting | sunting sumber]

Mean Girls: Music from the Motion Picture
Fail:MeanGirlsSoundtrack.jpg
Soundtrack oleh Various Artists
Dikeluarkan pada September 21, 2004 (2004-09-21)
Genre Rock, pop
Syarikat Rykodisc
Virgin
Soundtrack
Markah ulasan
Sumber Taraf
Allmusic 3.5/5 stars Link

Mean Girls: Music from the Motion Picture dikeluarkan pada September 21, 2004, pada hari yang sama dengan keluaran DVD.

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Dancing with Myself" by The Donnas (Generation X cover)
  2. "God Is a DJ" by Pink
  3. "Milkshake" by Kelis
  4. "Sorry (Don't Ask Me)" by All Too Much
  5. "Built This Way" by Samantha Ronson
  6. "Rip Her to Shreds" by Boomkat (Blondie cover)
  7. "Overdrive" by Katy Rose
  8. "One Way or Another" by Blondie
  9. "Operate" by Peaches
  10. "Misty Canyon" by Anjali Bhatia
  11. "Mean Gurl" by Gina Rene and Gabriel Rene
  12. "Hated" by Nikki Cleary
  13. "Psyché Rock" by Pierre Henry
  14. "The Mathlete Rap" by Rajiv Surendra
  15. "Jingle Bell Rock"

Lagu yang ada dalam filem tetapi tidak terdapat dalam album adalah single "Pass That Dutch" oleh Missy Elliott, "Naughty Girl" oleh Beyoncé, "Beautiful" oleh Christina Aguilera, "Fire" oleh Joe Budden featuring Busta Rhymes, "At Seventeen" oleh Janis Ian, dan "Halcyon + On + On" oleh Orbital dan "Love's Theme" oleh The Love Unlimited Orchestra.

Lagu skor orchestra dalam filem ini ditulis oleh Rolfe Kent dan diorkestrakan oleh Tony Blondal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Mean Girls (2004)". Box Office Mojo. Diperoleh pada January 23, 2010.