Mean Heart (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mean Heart[sunting | sunting sumber]

Mean Heart adalah sebuah kumpulan nasyid yang di tubuhkan pada tahun 2008 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah. Tujuan penubuhan kumpulan Mean Heart ialah untuk memeriahkan lagi industri nasyid dan hiburan tanah air yang kini semakin rancak dengan perkembangan program rialiti hiburan berbentuk global. Kemunculan ramai penyayi dan kumpulan muzik yang di lahirkan dari program hiburan berbentuk rialiti seharusnya di imbangi dengan kemunculan kumpulan nasyid yang memperjuangkan muzik berbentuk nasihat atau dakwah. Justeru kemunculan kumpulan Mean Heart di harap dapat merancakkan lagi perkembangan industri nasyid semasa agar setanding dengan aliran muzik lain dengan memberikan suatu bentuk hiburan alternatif bermanfaat kepada penggemar muzik tanpa mengira genre, etnik, usia, politik dan Agama.

Kumpulan Mean Heart buat masa ini di anggotai oleh lima orang penyayi yang juga merupakan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Mereka adalah terdiri daripada; Mohd Izad Buqhary Bin Mohd Kamri,Mohd Hamzah Bin Mohd Ali, Muhammmad Firdaus Bin Mohd Dom, Muhamad Taufik Bin Ibrahim dan Mohd Hafizu Bin Abdul Rahman.

Sepanjang penubuhan, kumpulan Mean Heart telah banyak menjayakan persembahan di dalam dan luar Universiti samaada di majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Kini kumpulan Mean Heart telah berjaya mencipta beberapa buah lagu ciptaan sendiri dan di dalam proses perangkaan menghasilkan Album mini pertama.

Kumpulan Mean Heart kini bernaung di bawah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia dengan di bantu oleh seorang pengurus iaitu En. Wan Norzuhaidi Bin Wan Abdullah. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kumpulan Mean Heart boleh di buat dengan menghubungi Pusat Islam UUM.