Mediterranean Shipping Company S.A.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kontena MSC yang baru.
Haluan sebuah kapal kontena MSC.

Mediterranean Shipping Company S.A. (MSC) ialah syarikat perkapalan kontena kedua terbesar di dunia. Ia mengoperasikan 376 kapal dan memiliki jumlah kapasiti 1,250,000 TEU. Operasi syarikat ini menghubungkan kebanyakan pelabuhan utama di dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MSC telah diasaskan pada tahun 1970 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad oleh Gianluigi Aponte apabila beliau membeli kapal pertamanya. Pemilik kapal yang yang berasal dari Sorento, Itali ini kemudiannya berdagang ke Afrika membawa pelbagai barangan.[1] Syarikat ini berkembang dari sebuah syarikat pengendali kapal biasa menjadi antara syarikat perkapalan terbesar di dunia. Pada tahun 1988, MSC Cruises iaitu subsidiarinya dalam perkhidmatan kapal persiaran ditubuhkan.

Ibu pejabat korporatnya terletak di Geneva, Switzerland dan hab pengangkutan utamanya ialah di Antwerp, Belgium.

Pada Disember 2021, MSC menawarkan sekurang-kurangnya 5.7 bilion euro untuk Bolloré Africa Logistics, anak syarikat kumpulan Bolloré.[2]

Hari ini[sunting | sunting sumber]

MSC beroperasi di lebih 270 pelabuhan di enam benua. Ia memiliki 350 pejabat urusan tempatan dengan 29,000 tenaga kerja. Kapal-kapalnya bersaiz sehingga 9,200 TEU, termasuk satu daripada kapal kontena yang terbesar, MSC Pamela. Syarikat ini kekal sebagai syarikat persendirian yang diuruskan presiden Aponte dan keluarganya sendiri.

Pada tahun 2007, syarikat ini dinobatkan "syarikat perkapalan tahun ini" buat kali keenam oleh Lloyds Loading List, satu pencapaian yang tidak mampu ditandingi syarikat perkapalan yang lain. Syarikat ini juga baru memesan tujuh lagi kapal baru yang boleh membawa sehingga 15,000 TEU setiap satu, yang bakal menjadi antara kapal kontena yang terbesar di dunia.

Kapal[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa kapal kontena yang dimiliki syarikat ini:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]