Melayu Raya
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melayu Raya merupakan satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia-Brunei, iaitu penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun. Gagasan ini disokong oleh pelajar dan lepasan guru dari Maktab Perguruan Sultan Idris pada akhir tahun 1920an, dan individu dari Sumatera dan Pulau Jawa termasuk Prof. Mohammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1950an.[1]
Gagasan ini juga merupakan salah satu perjuangan utama PKMM di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan juga Pak Sako. Bergantung kepada pihak mana yang menyuarakannya, ia juga dikenali sebagai Indonesia Raya.
Nota kaki [sunting]
- ↑ McIntyre, Angus (1973). "The 'Greater Indonesia' Idea of Nationalism in Malaysia and Indonesia.". Modern Asian Studies 7 (1): 75–83
Bacaan lanjut [sunting]
- Dr Farish A. Noor, Fine Young Calibans: Ibrahim Yaakob and the Rise of the Malay Left