Soekarno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sukarno)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukarno
Soekarno

Tempoh berjawat
18 Ogos 1945 – 12 Mac 1967
Perdana Menteri Sutan Sjahrir
Amir Sjarifuddin
Muhammad Hatta
Abdul Halim
Muhammad Natsir
Soekiman Wirjosandjojo
Wilopo
Ali Sastroamidjojo
Burhanuddin Harahap
Djuanda Kartawidjaja
Naib Presiden Mohammad Hatta
Digantikan oleh Suharto

Tempoh berjawat
9 Julai 1959 – 25 Julai 1966
Presiden Sukarno
Didahului oleh Djuanda Kartawidjaja

Tarikh lahir 6 Jun 1901(1901-06-06)
Tempat lahir Soerabaia, Blitar, Hindia Timur Belanda[1][2]
Meninggal 21 Jun 1970 (umur 69)
Jakarta, Indonesia
Parti politik Parti Nasional Indonesia
Pasangan Oetari
Inggit Garnasih
Fatmawati
Hartini
Kartini Manoppo
Ratna Sari Dewi Sukarno
Haryati
Yurike Sanger
Heldy Djafar
Amelia de la Rama Braly
Agama Islam
Tandatangan Tandatangan Soekarno

Sukarno (6 Jun 1901 - 21 Jun 1970) adalah Presiden Indonesia yang pertama (dari 1945 ke 1967). Beliau memainkan peranan penting dalam membantu negaranya mencapai kemerdekaan daripada Belanda.

Sukarno juga dikenali sebagai Ahmed Sukarno atau Soekarno. Rakyat Indonesia sering menggelarnya Bung Karno.

Nama[sunting | sunting sumber]

Ketika dilahirkan, Soekarno diberikan nama Koesno Sosrodihardjo oleh orang tuanya. Namun kerana dia sering jatuh sakit ketika berumur lima tahun namanya diubah menjadi Soekarno oleh ayahnya.[3] Nama tersebut diambil dari nama seorang panglima perang dalam kisah Bharata Yudha iaitu Karna.[3] Nama" Karna "menjadi" Karno "kerana dalam bahasa Jawa huruf" a "berubah menjadi "o"sedangkan awalan "su" mempunyai erti" baik ".[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sukarno dilahirkan di Surabaya dalam sebuah keluarga bangsawan (ayahnya berasal daripada Jawa dan ibunya daripada Bali). Beliau menerima pendidikan awal dari sebuah sekolah berbahasa Belanda. Apabila Sukarno berada di peringkat sekolah menengah beliau bertemu dengan Tjokroaminoto, seorang teman yang akan menjadi nasionalis Indonesia pada masa akan datang. Pada tahun 1921, Sukarno melanjutkan pelajarannya di ‘’Technische Hoogeschool’’ di Bandung.

Sukarno fasih dalam beberapa bahasa terutama sekali Bahasa Belanda.

Perjuangan untuk kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Sukarno merupakan ketua sebuah pergerakan kemerdekaan Indonesia, Partai Nasional Indonesia yang diasaskan pada tahun 1927. Beliau ditahan oleh pihak penjajah Belanda dan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun. Apabila beliau dilepaskan, beliau menjadi amat popular. Pada tahun 1930an, beliau dipenjara beberapa kali oleh kerajaan kolonial.

Perang Dunia II – Pendudukan Jepun[sunting | sunting sumber]

Sewaktu Perang Dunia II, walaupun Sukarno bekerjasama dengan penguasa Jepun, beliau sering meminta kemerdekaan Indonesia daripada mereka. Pada Julai 1942, Sukarno dilantik oleh Jepun untuk menjadi ketua negara jajahan mereka. Beliau juga mengetuai Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), sebuah jawatankuasa kelolaan Jepun untuk menyiapkan Indonesia untuk kemerdekaan.

Kemerdekaan awal, Pancasila[sunting | sunting sumber]

Setelah Jepun tewas di Perang Dunia II, Sukarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Lihat: Proklamasi

Visi Sukarno untuk perlembagaan Indonesian 1945 merangkumi Panca Sila. (Sanskrit - lima tiang). Falsafah politik Sukarno berlandaskan (tanpa sebarang aturan) unsur Marxism, Demokrasi dan Islam. Ini terbayang dalam Panca Sila, dalam bentuk yang dijelaskan oleh beliau pada ucapan 1 Jun 19451:

  1. Kebangsaan (nasionalisme)
  2. Kemanusiaan
  3. Kerakyatan (demokrasi)
  4. Keadilan Sosial
  5. Percaya kepada Tuhan

Parlimen Indonesia, diasaskan di atas dasar perlembagaan asal (dan perubahan berikutnya), terbukti tidak dapat dikendalikan. Ini disebabkan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan antara pelbagai sosial, politik, agama, dan puak berlainan2.

Dalam kekacauan antara pelbagai pihak dan cubaan Belanda untuk mengekalkan kawalan kolonial, tentera Belanda menawan Sukarno pada Disember 1948, tetapi terpaksa membebaskan beliau selepas gencatan senjata (ceasefire). Beliau kembali ke Jakarta pada Disember 28 1949.

Terdapat beberapa cubaan rampasan kuasa tentera terhadap Sukarno pada tahun 1956.

Dalam menegakkan orde (order), Sukarno mencanangkan apa yang disebut Demokrasi Terpimpin, di mana beliau secara bertahap mendapatkan semakin banyak kekuasaan eksekutif sementara tetap mempertahankan sebuah parlimen multi parti.

'Demokrasi Terpimpin', dan Autokrasi yang meningkat[sunting | sunting sumber]

Pada akhir masa jabatannya, Sukarno semakin bergantung kepada sokongan tentera dan PKI - Parti Komunis Indonesia.

Pada 30 November 1957, berlaku serangan bom tangan terhadap Sukarno ketika dia melawat sekolah di Jakarta. Enam kanak-kanak terbunuh dan Sukarno mengalami cedera parah. Pada Februari dia mula bertindak terhadap pemberontak PRRI (Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia) di Bukittingi.

Pada tahun-tahun berikutnya, beliau menguatkuasakan kawalan kerajaan terhadap penerbitan buku dan media dan menekan penduduk etnik Cina. Pada 5 Julai 1959 dia menubuhkan semula perlembagaan 1945, membubarkan Parlimen, membentuknya kepada yang disukainya dan memegang kuasa penuh sebagai Perdana Menteri. Beliau menggelar sistemnya sebagai kerajaan-melalui-perintah Manifesto Politik atau Manipol. Beliau membuang daerah semua penentang politiknya.

Pada tahun 1950-an, beliau mendekatkan Indonesia dengan Komunis China yang akhirnya menjemput lebih ramai komunis dalam kerajaannya. Pada masa yang sama, beliau juga memperoleh bantuan ketenteraan daripada Soviet.

Pada 1962, Sukarno memerintah serangan ke atas Irian Barat (New Guinea Belanda). Terdapat beberapa cubaan membunuh lanjut semasa beliau melawat Sulawesi pada 1962. Irian Barat di bawa ke bawah penguasaan Indonesia pada Mei 1963 di bawah Rancangan Bunker. Pada bulan Julai dalam tahun yang sama, Sukarno telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai Presiden Sepanjang Hayat.

Sukarno juga menentang penubuhan Malaysia yang disokong oleh British, dengan mendakwa bahawa ia merupakan "komplot neokolonialisme" untuk memelihara kepentingan British. Walaupun terdapat percubaan politik oleh Sukarno untuk mendekati Malaysia, negara Malaysia diisytiharkan pada September 1963. Ini mendorong kepada Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan berakhirnya bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Indonesia. Sukarno menarik Indonesia daripada Majlis Keselamatan PBB pada 1965 dan Malaysia mengambil alih kerusinya. Ketika itu, Sukarno juga semakin sakit dan pengsan di khalayak ramai pada 9 Ogos 1965. Beliau telah didiagnosis secara rahsia sebagai menghidap penyakit ginjal.

Penggulingan Sukarno[sunting | sunting sumber]

Pada pagi 1 Oktober 1965, sebilangan daripada pengawal Sukarno yang paling rapat menculik dan membunuh enam orang jeneral anti komunis. Orang tunggal yang selamat ialah Leftenan Jeneral Suharto. Krisis ini mencetuskan tindakan keras terhadap parti komunis, dan sehingga setengah juta orang "tersangka komunis" (kebanyakannya petani) dibunuh dalam panik anti komunis itu. Genggaman kuasa Sukarno diperlemah oleh krisis ini, dan akhirnya, Leftenan Jeneral Suharto yang pro-Amerika memaksakan beliau menyerahkan kuasa eksekutifnya pada 11 Mac 1966.

Terdapatnya banyak tekaan tentang siapa yang mencetuskan krisis yang menyebabkan penggulingan Sukarno. Ada yang mendakwa bahawa PKI mengarahkan pembunuhan keenam-enam jeneral itu, ada yang mengatakan Sukarno sendiri berbuat demikian, dan ada yang berpendapat bahawa Suharto yang merancangkan pembunuhan itu untuk menghapuskan pesaing-pesaing yang berpotensi untuk jawatan presiden2. Terdapat juga dakwaan bahawa Sukarno digulingkan oleh Amerika Syarikat disebabkan nasionalisme dan dasar berkecualinya.

Parlimen Indonesia melucutkan jawatan Sukarno pada 12 Mac 1967, dan beliau kemudiannya ditahan di rumah sehingga kematiannya pada 1970 sewaktu berusia 69 tahun. Megawati Sukarnoputri, bekas presiden Indonesia, adalah anak Sukarno.


Presiden-presiden Indonesia

Didahului oleh:
tiada

Sukarno
(1945 - 1967)

Diambil alih oleh:
Suharto
(1967 - 1998)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nadhirianto, Averio. "Menelusuri Jejak Rumah Kelahiran Bung Karno (Indonesian Language)". Dicapai pada 12 Jun 2011. 
  2. Nadhirianto, Averio. "Gadjah Mada University Antrophologist: "Sukarno Was Born In Surabaya"". Dicapai pada 12 Jun 2011. 
  3. 3.0 3.1 3.2 Adams, Cindy (1984). Bung Karno Penyambung Lidah Rakyat Indonesia. Gunung Agung, Jakarta. ISBN 979-96573-2 -6.  Laman 35-36.
  1. Smith, Roger M (ed). Southeast Asia. Documents of Political Development and Change, Ithaca and London, 1974, pp. 174-183.
  2. Robert Cribb, ‘Nation: Making Indonesia’, in Donald K. Emmerson (ed.), Indonesia Beyond Suharto: Polity, Economy, Society, Transition. Armonk, New York: M.E. Sharpe, 1999, pp.3-38


Presiden Republik Indonesia   Bendera Republik Indonesia
Sukarno | Suharto | B. J. Habibie | Abdurrahman Wahid | Megawati Sukarnoputri | Susilo Bambang Yudhoyono