Membeli-belah dalam talian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tampilan kedai dalam talian Amazon.com.

Membeli-belah dalam talian ialah proses yang pengguan melakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah.

Metafora katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan mel. Semua jenis kedia mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

Kedai sesawang[sunting | sunting sumber]

Istilah "kedai sesawang" juga merujuk kepada tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan. Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia.

Faedah membeli-belah dalam talian[sunting | sunting sumber]

Faedah membeli-belah dalam talian termasuklah:

  1. Kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan;
  2. Kuasa pembekal: Adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital;
  3. Internet mempertingkat pengkomoditian;
  4. Ancaman peserta baharu: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, dengan overhed yang lebih rendah;
  5. Ancaman pengganti produk dan perkhidmatan;
  6. Persaingan antara pesaing: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]