Peruncitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan gedung layan diri.

Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli.[1] Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di:

Jalan membeli-belah kekadang hanya mengkhususkan pelanggan pejalan kaki. Jalan jenis itu kekadang menyediakan bumbung penuh atau bumbung sebahagian untuk melindungi pelanggannya daripada curah hujan. Peruncitan dalam talian, sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan ke pengguna (B2C), dan pesanan pos merupakan bentuk peruncitan tanpa kedai. Peruncit merupakan akhir rantaian bekalan, dengan perkhidmatan yang disediakan kekadang merangkumi perkhidmatan sampingan seperti penghantaran.

Dalam bidang perdagangan, "peruncit" membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna akhir. Para pemasar perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Istilah "peruncit" juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan individu yang besar, misalnya utiliti awam seperti kuasa elektrik.

Pembeli boleh merupakan perorangan atau perniagaan. Membeli-belah umumnya merujuk kepada perbuatan membeli barang. Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang keperluan seperti makanan dan pakaian. Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan sebagai kegiatan rekreasi. Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan tengok-tengok barang di kedai yang tidak selalu menyebabkan pembelian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Distribution Services". Foreign Agricultural Service. 2000-02-09. Diperoleh pada 2006-04-04. 
Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai