Perniagaan elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perniagaan elektronik (e-niaga) atau perniagaan Internet adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT. Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya.

Ada dua bentuk perniagaan Internet:

  1. Perniagaan berasaskan perkhidmatan
  2. Perniagaan berasaskan produk

Perniagaan berasaskan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti:

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan berasaskan produk[sunting | sunting sumber]

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu produk fizikal dan produk digital.

1) Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

2) Produk Digital

  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial

Huraian[sunting | sunting sumber]

Jarang sekali perniagaan-perniagaan internet menipu dan ia adalah benar.[perlu rujukan] Peratus penipuan pula adalah kecil. Produk-produk mereka dipasarkan dengan menggunakan Internet sepenuhnya. Jadi tidak mustahil sama sekali seseorang tidak dapat membuat duit di Internet dengan melakukan perniagaan elektronik.

Perniagaan di internet dan perniagaan konvensional adalah sama konsep. Kedua-duanya mempunyai rukun jual beli; penjual-pembeli-produk. Istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya tiada dalam perniagaan Internet.

Bukanlah sesuatu yang terlalu mudah untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya. Usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan diperlukan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui. Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja malah lebih sukar. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.

Program sekutu[sunting | sunting sumber]

Di dalam perniagaan konvensional, untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen. Sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut akan diberikan kepada agen-agen yang berjaya membuat jualan pula.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil affiliate (sekutu).

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Kebiasaannya proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini adalah percuma.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu diketahui tentang program sekutu ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat sahaja. Ini kerana, program sekutu lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada tapak web yang mendakwa mereka menjalankan program sekutu dan peringkat affiliate mereka lebih daripada dua, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat, itu menipu. Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan pengunjung dengan istilah "affiliate program".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]