Menara CN
| Menara CN CN Tower |
|
|---|---|
CN Tower merupakan struktur bebas ke-5 tertinggi di dunia.[1] |
|
| Bangunan | |
| Jenis | pencerapan, telekomunikasi, tarikan, restoran |
| Lokasi | Toronto, Ontario, Kanada |
| Pembinaan | |
| Dimulakan | 1972 |
| Disiapkan | 1976 |
| Kiraan tingkat | 147 (samaan) |
| Pasukan reka bentuk | |
| Arkitek | John Andrews Architect WZMH Architects |
| Rujukan | |
| [2][3] | |
Menara CN ialah sebuah menara komunikasi dan pencerapan di Pusat Bandaraya Toronto, Ontario, Canada. Pada ketinggian 553.33 meter (1,815.4 ka),[4] menara ini siap dibina pada tahun 1976 lalu menjadi struktur bebas tertinggi di dunia dan menara tertinggi di dunia ketika itu. Ia memegang kedua-dua rekod itu selama 34 tahun sehingga siapnya Burj Khalifa dan Menara Canton. Namun demikian, Menara CN kekal sebagai struktur bebas tertinggi di Hemisfera Barat, lambang utama latar langit Toronto, dan satu lambang negara Kanada[5][6] yang menarik lebih dua juta pengunjung dari merata dunia setiap tahun.[7]
Nama "CN" pada mulanya merujuk kepada syarikat keretapi Canadian National yang membina menara ini. Ekoran keputusan syarikat itu untuk melucutkan aset-aset kereta api pengangkut bukan terasnya sebelum diswastakan pada tahun 1995, hak milik menara ini diserahkan kepada Canada Lands Company, sebuah perbadanan Kerajaan yang bergiat sebagai pemaju hartanah. Memandangkan nama CN Tower sering digunakan dalam perbualan seharian, singkatannya berkembang menjadi Canadian National Tower atau Canada's National Tower, namun kedua-dua nama itu jarang sekali dipakai.[8]
Pada tahun 1995, Menara CN dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia moden oleh Persatuan Jurutera Awam Amerika. Ia juga menduduki rangking kedua dalam Persekutuan Menara Agung Sedunia.
[sunting] Rujukan
- ↑ CN tower keeps it designation as Worlds tallest free standing Tower
- ↑ Menara CN di SkyscraperPage
- ↑ Menara CN at Emporis
- ↑ "CN Tower web site". Diarkibkan dari yang asal on 23 Julai 2007. http://web.archive.org/web/20070723015815/http://www.cntower.ca/portal/GetPage.aspx?at=848. Capaian September 26, 2007.
- ↑ The CN Tower is Dead. Long Live The CN Tower!, The Torontoist, 4 September 2007. (diterima pada 17 November 2008).
- ↑ CN Tower celebrates 30th birthday, Broadcast News/canada.com, 26 Jun 2006
- ↑ (PDF) Facts at a Glance. CN Tower. 2005. http://www.cntower.ca/portal/Secure/Community/417/Documents/PressKit2005/2005%20Facts%20at%20a%20Glance.pdf.
- ↑ "Canada's Wonder of the World". CN Tower: Plan Your Visit > Who We Are. CN Tower — Canada Lands Company. http://www.cntower.ca/portal/GetPage.aspx?at=848#The%20Tower.
[sunting] Pautan luar
- Official CN Tower Website (Inggeris)
- Edgewalk (Inggeris)
- CBC Archives – CN Tower opens to the public. (Multimedia) (Inggeris)
| Rekod | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Menara Ostankino |
Struktur bebas tertinggi di dunia 553.33 m (1,815 ft 5 in) 1976–2007 |
Diikuti oleh: Burj Khalifa |
Templat:Toronto skyscrapers Templat:Supertall