Mengumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mengumpat adalah salah satu perbuatan tidak bermoral di mana seseorang memberitahu sesuatu keburukan atau aib kepada orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu.

Balasan Orang-orang Yang Mengumpat[sunting | sunting sumber]

Tahukah anda apakah balasan yang disediakan ke atas orang yang mengumpat. Lihat surah Al Hujurat ayat 12[1] bagaimana Allah melarang perbuatan mengumpat dan mengumpamakan mereka dengan memakan daging saudara mereka sendiri.

Mengumpat Orang Zalim[sunting | sunting sumber]

Bolehkah seseorang mengumpat orang-orang yang menzalimi orang lain.

Sila lihat dalam surah An Nisa 148[2] bagaimana Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Iaitu kalau kita dizalimi kita boleh mengadukan hal itu kepada pihak yang bertanggungjawab walaupun kita pada zahirnya melakukan perbuatan mengumpat tetapi ia dibenarkan oleh Islam.

Menjauhkan diri daripada mengumpat[sunting | sunting sumber]

Bagaimanakah caranya kita nak menjauhkan diri kita daripada perbuatan mengumpat jika sekiranya kita telah mengetahui betapa besarnya dosa dan balasan orang yang mengumpat.

Sila lihat surah Al Hujurat 12[3] bagaimana kalau seseorang itu tahu apabila dia mengumpat saudaranya maka seolah-olahnya dia sedang memakan daging saudaranya sendiri sudah tentu itu akan dapat menjauhkan dirinya daripada mengumpat.

Perumpamaan Mengumpat[sunting | sunting sumber]

Perumpamaan mengumpat adalah sama seperti makan daging manusia[4].