Mesin taip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.

Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.

Mesin taip Olivetti Lettera 32
Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19.

Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi.

Innovasi[sunting | sunting sumber]

Tidak ada seorang pencipta dikatakan mencipta mesin taip. Sebagaimana mentol lampu, kereta, telefon dan telegraf, beberapa orang menyumbang idea dan ciptaan yang akhirnya menghasilkan peralatan yang berjaya diperdagangkan. Pada tahun 1714 Henry Mill mendapat patent di Britain untuk mesin yang berdasarkan paten kelihatannya menyerupai mesin taip, tetapi tiada perkara lanjut diketahui mengenainya. [1]. Pemaju mesin taip awal yang lain termasuk Pellegrino Turri (1808) yang turut mereka kertas karbon. Kebanyakan jenis mesin awal, termasuk Turri, dimajukan bagi membenarkan orang buta untuk menulis.

An index typewriter with a circular keyboard is one of many designs of early typewriters which did not become widely adopted.

Pada tahun 1829 William Austin Burt mepaten mesin yang dikenali sebagai "Typographer." Sebagaimana mesin awal yang lain, ia kadang-kala disenarai sebagai "mesin taip pertama;" Muzium Sains London menggambarkannya hanya sebagai "mekanisma menulis pertama yang penciptaannya didokument," tetapi dakwaan tersebut mungkin terlebih kerana mesin Turri telah diketahui ramai. Sungguhpun begitu, walaupun digunakan oleh penciptanya, ia lebih perlahan berbanding tulisan tangan. Burt dan promoternya John D. Sheldon tidak pernah mendapat pelanggan untuk paten tersebut, dan ia tidak pernah di hasilkan untuk dijual. Kerana ia menggunakan dail bagi memilih huruf dan bukannya mempunyai kekunci sendiri bagi setiap huruf, ia merupakan "mesin taip index" dan bukannya "mesin taip kekunci", jika ia ingin di anggap sebagai mesin taip juga. Semenjak 1829 hingga 1870, banyak mesin taip atau pencetak dipaten oleh pencipta di Europah dan Amerika, tetapi tiada yang dihasilkan untuk dijual. Sebagai contoh lihat Chirographer yang dicipta oleh Charles Thurber 1845 Chirographer.

Mesin taip sebenar telah dicipta pada tahun 1864 oleh Peter Mitterhofer tetapi tidak pernah dihasilkan untuk dijual. Pada tahun 1865 Rev. Malling Hansen dari Denmark menghasilkan Hansen Writing Ball untuk dijual pada tahun 1870 dan merupakan mesin taip pertama yang dijual secara komersial. Ia amat berjaya di Europah dan digunakan di pejabat di London sehingga 1909. Tambahan lagi, Hansen menggunakan (solenoid escapement) untuk mengembalikan carriage pada sebahagian model mesin taipnya dan beliaulah yang bertanggungjawab untuk mesin taip "elektrik" yang pertama.

left.

Pada tahun 1867 Christopher Sholes, Carlos Glidden, dan Samuel W. Soule mencipta mesin taip lain. Mesin taip Sholes dan Glidden merupakan peranti pertama yang membolehkan penggunanya untuk menaip lebih pantas berbanding menulis dengan tangan. Paten itu (US 79,265) dijual untuk $12,000 kepada beberapa entrepreneurs yang mengadakan perjanjian dengan E. Remington and Sons (ketika itu terkenal sebagai pengilang mesin jahit), untuk memperdagangkan apa yang dikenali sebagai Mesin Taip Sholes dan Glidden. Remington mula menghasilkan mesin taip pertama mereka pada 1 March 1873 di Ilion, New York. Pengeluar mesin taip awal yang lain adalah Underwood.

Keupayaan untuk melihat apa yang ditaip dianggap kebiasaan pada masa kini. Akan tetapi, bagi kesemua mesin taip awal, palang taip menghentam keatas kepada piring bawah. Dengan itu, apa yang ditaip tidak kelihatan sehinggalah baris berikutnya menolaknya keatas untuk dilihat. Kesukaran dengan aturan lain adalah bagi memastikan palang taip kembali kekedudukan asal dengan sempurna apabila kekunci dilepaskan. Ini akahirnya dicapai dengan reka bentuk mekanikal pintar, dan apa yang dikenali sebagi "mesin taip boleh dilihat" diperkenalkan pada 1895. Amat memeranjatkan, mesin taip stail lama masih dihasilkan sehingga akhir 1915.

1910s typewriter.jpg
Fail:Typewriter.jpg
Banyak model mesin taip mekanikal mempunyai loceng yang memberi amaran kepada juru taip bahawa mereka sampai ketepi kertas dan akan perlu memulakan baris baru. Tuil disebelah kiri digunakan bagi juru taip memulakan baris baru. Tuil besar disebelah kiri pada imej ini digunakan bagi juru taip memulakan baris baru.

Dalam stail reka bentuk asal, sekarang dikenali sebagai mesin tapi "mekanikal" atau "manual", setiap kekunci dilekatkan pada palang taip yang mempunyai huruf bersamaan ditempa pada hujungnya. Apabila kekunci ditekan dengan kemas seketika, palang taip menghentak ribon (biasanya diperbuat daripada kain berdakwat yang direntang dihadapan piring batang (cylindrical platen) yang bergerak kehadapan dan belakang. Kertas digulong pada pengulong mesin taip dan diputar menggunakan tuil (tuil "carriage return" pada sebelah kiri) pada baris teks yang baru. Sesetengah mesin taip mempunyai ribon yang mempunyai dakwat merah dan hitam, setiap warna memenuhi separuh kelebaran ribom sepanjang ribon. Satu tuil membolehkan pemilihan warna bagi kemasukan buku ledger, dimana jumlah negetif ditulis dengan dakwat merah.

Rekabentuk eletrik[sunting | sunting sumber]

Mesin taip eletrik menghapuskan hubungan mekanikal langsung antara kekunci dan unsur yang menghentam kertas. Sungguhpun begitu, sehingga 1980-an, mesin taip eletrik boleh digambarkan sebagai mesin taip berkuasa. Ia hanya mempunyai satu komponen eletrik dalamnya, motor. Sekiranya dahulu kekunci mengerakkan palang taip, kini ia menggerakkan hubungan mekanikal yang melaraskan kuasa mekanikal daripada motor kepada palang taip. Ini juga yang sama bagi IBM Selectric yang baru.

Mesin taip IBM dan Remington merupakan model terkini sehinggalah IBM memperkenalkan mesin taip Selectric IBM, yang menggantikan palang taip dengan bola taip yang menggantikan palang taip dengan bola taip bulat (lebih tepat, "unsur"), kecil sedikit berbanding bola golf, dengan huruf dilekatkan pada permukaannya. Selectric menggunakan sistem penyangkut, tape logam, dan takal yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menggolekkan bola pada kedudukan yang betul dan kemudiannya menghentam pada permukaan ribon dan piring. Bola taip kemudiannya bergerak kesisi dihadapan kertas dan bukannya batang pengoleh yang menggerakkan kertas pada kedudukan pecetak kaku.

Reka bentuk bola taip mempunyai banyak kelebihan, terutama bagi mengelak terlekat apabila lebih daripada satu kekunci ditekan serentak, dan keupayaan bagi menukar bola taip, membenarkan pelbagai font digunakan dalam satu dokument. Mekanisma Selectric diterapkan secar meluas pada terminal komputer sekitar 1970-an, kerana mekanisma taipnya yang pantas dan bebas lekat; boleh digunakan dengan tindakan mekanisma kuasa rendah, singkat; dan tidak memerlukan pergerakan rangka yang berat bagi memindah antara huruf besar dan kecil.

Model baru Selectrics menggantikan ribon kain dengan ribon "filem karbon" yang mempunyai serbuk hitam kering atau bewarna pada tape plastik jernah lutsinar. Ia hanya boleh digunakan sekali tetapi ia tersimpan dalam katerij dan mudah ditukar. Mereka juga memperkenalkan auto-correction, di mana tape melekit pada hadapan ribon cetak boleh menghilangkan imej serbuk hitam pada huruf bercetak, dan memperkenalkan "pitch" boleh dipilih agar juru taip boleh bertukar antara pica ("10 pitch"), elite ("12 pitch"), dan kadang-kala agate ("15 pitch"), walaupun dalam satu dokumen. Sungguhpun begitu, kesemua Selectrics merupakan jarak sama -- setiap satu huruf mempunyai kelebaran yang sama lebar. Walaupun IBM telah menghasilkan mesin berasaskan palang taip yang berjaya, IBM Executive, dengan renggangan selaran (proportional), no proportionally-spaced Selectric office typewriter was ever introduced. Bagaimanapun terdapat mesin proportionally-spaced machine yang lebih mahal yang dikenali sebagai Selectric Composer yang dianggap mesin typesetting machine dan bukannya mesin taip.

Kemajuan terakhir mesin taip adalah mesin taip "eletronik". Kebanyakan mesin ini menggantikan bola taip dengan mekanisma roda daisy (cakera dengan huruf dibentuk pada setiap hujung "kelopak"). Roda daisy plastik lebih mudah dan murah berbanding bola taip tetapi lebih mudah haus. Sesetengah mesin taip eletronik pada asasnya pemproses kata khas dengan ingatan dalaman dan peranti penstoran ingatan luaran katrij atau cakera. Tidak seperti Selectrics model lebih awal, ini merupakan "eletronik" dan bergantung kepada litar bersepadu dan pelbagai bahagian mekanikal eletronik.

Bahagian dalam palang taip mesin taip.

Teknologi tanpa hentaman[sunting | sunting sumber]

Pada akhir kepopularan mesin tapi sekitar 1980-an, sejumlah rekabentuk hibrid menggabungkan ciri-ciri pencetak komputer dan mesin taip dicipta.

Ini biasanya menggabungkan papan kekunci daripada mesin taip sedia ada dan mekanik pencetak pencetak dot matrik. Generasi teletaip dangan enjin pencetak berasaskan hentaman pin tidak mencukupi bagi kualiti jenis output yang diperlukan. Baru sahaja dimajukan, teknologi pemindah haba digunakan dalam pencetak label haba telah menjadi boleh guna bagi mesin taip.

IBM menghasilkan siri mesin taip yang dikenali sebagai Thermotronic dengan output kualiti surat dengan tape pembetulan bersama pencetak dikenali sebagai Quietwriter. Brother melanjutkan baris barangan mesin taip mereka dengan keluaran yang serupa.

Pembangunan enjin pencetak proprietari memberikan pembekal dengan pasaran esklusif dalam penggunaan ribon dan kemungkinan enjin pencetak piawaian dangan pelbagai tahap kecanggihan aturcara dan eletronik untuk memajukan baris keluaran mereka.

Peningkatan penguasaan komputer peribadi dan pengenalan teknologi pencetak jet dakwat dan pencetak laser berkualiti tinggi dengan kos rendah akhirnya menggantikan mesin taip khas.

Peninggalan Mesin taip[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia moden, dengan perkembangan pesat komputer peribadi dengan perisian pemproses kata, kegunaan mesin taip telah merosot sehingga hampir hilang dan digunakan oleh kebanyakan orang tanpa capaian atau latihan bagi menggunakan komputer, dan untuk kegunaan khas seperti mengisi borang. Teks mesin taip yang sama jarak, biasa, dan kelihatan sedikit tidak seimbang mempunyai daya tarikannya sendiri, dan sesetengah orang, tua dan muda gemar menggunakan mesin taip sekali-sekala.

Aturan kekunci mesin taip QWERTY telah menjadi piawaian diterima pakai dan terus digunakan lama selepas punca sebenar ia digunakan tidak lagi bererti.

Di sesetengah negara di mana komputer peribadi tidak meluas, seseorang boleh pergi ke lapangan umum dan melihat mereka yang berkumpul disana dengan mesin taip lama tetapi kukuh dan dipercayai. Mereka ini menyewakan khidmat mereka sebagai penulis surat segera, menerima diktasi daripada pelanggan mereka, yang mungkin buta huruf, atau hanya tidak mempunyai mesin taip.

Aturan papan kekunci[sunting | sunting sumber]

Mesin taip Sholes & Glidden 1874 menetapkan aturan QWERTY bagi kekunci huruf. Aturan kekunci ini telah menjadi piwaian de facto bagai mesin taip Inggeris dan papan kekunci komputer. Bahasa lain yang ditulis menggunakan huruf Latin mungkin menggunakan variasi aturan QWERTY, seperti AZERTY French dan aturan QWERTZ Jerman.

Aturan QWERTY dianggap oleh sesetengah orang sebagai tidak berkesan, kerana ia memerlukan juru taip menggerakkan jarinya antara baris bagi manaip huruf paling kerap digunakan. Cerita paling popular mencadangkan bahawa ia digunakan bagi mesin taip awal kerana ia tidak berkesan, dengan itu mengelakkan palang taip mesin taip daripada tersangkut, atau kemungkinannya melambatkan juru taip agar mengurangkan kekerapan mesin taip lekat.

Beberapa aturan amat berlainan, seperti papan kekunci Dvorak, telah dicadangkan, tetapi ia tidak berjaya menggantikan aturan QWERTY; penyokong mereka mendakwa kelebihan yang besar, tetapi sehingga kini inertia menghalang penerimaan umum.

Jargon komputer[sunting | sunting sumber]

Beberapa perkataan "zaman mesin taip" kekal sehingga era komputer: sebagai contoh (carbon copy), sekarang ini diringkaskan kepada bentuk "CC" mewakili salinan perutusan email (tanpa pembabitan karbon, sekurang-kurangnya tidak sehingga dicetak); "(carriage return)" (CR), untuk menunjukkan penghujung baris dan kembali pada baris pertama teks (dan pada sesetengah pelantar komputer, maju kebaris berikut); dan "(line feed)" (LF), aka "baris baru", melambangkan pergerakan kursor ke baris teks berikutnya pada skrin pada dokument pemproses kata (dan cetakkan dokumen pada penghujungnya).

Disebabkan palang taip mesin taip ini menghentak ke atas, juru taip dalam poskad Perancis ini, sekitar. 1910, tidak dapat melihat huruf ketika ia ditaip.

Kaedah pembetulan[sunting | sunting sumber]

Menurut piwaian yang diajar disekolah setiausaha pada pertengahan 1990-an, surat perniagaan tidak sepatutnya mempunyai kesilapan dan tiada pembetulan yang dapat dilihat. Ketepatan dengan itu dihargai selain kepantasan. Malah kepantasan menaip sebagaimana dikira dalam pertandingan ketangkasan dan kepantasan menaip termasuk pemotongan 10 perkataan bagi setiap kesilapan yang dilakukan.

Pembetulan, pastinya perlu, dan pelbagai kaedah dan teknologi digunakan.

Kaedah tradisi membabitkan pengunaan pemadan khas bagi mesin taip. Getah pemadam mesin taip diperbuat daripada getah agak keras yang mengandungi bahan penghakis. Ia berbentuk cakera nipis bulat, sekitar 2 inci (50 mm) diameter setebal 1/8 inci (3 mm) membenarkan pemadaman huruf secara satu per satu. Surat perniagaan biasanya ditaip di atas kertas tebal dengan kandungan-fiber- yang tinggi, bukan setakat memberikan gambaran mewah, tatapi juga bagi tahan padam. Pemadam mesin taip dilengkapi dengan berus bagi menyapu habuk pemadam dan habuk kertas, dan menggunakan berus dengan baik merupakan unsur penting bagi skill menggunakan mesin taip, kerana sekiranya habuk pemadam jatuh kedalam mesin taip, habuk yang terkumpul mampu menyebabkan palang taip terlekat pada liang sokongan yang sempit itu.

Memadamkan pasangan salinan karbon agak sukar, dan memerlukan penggunaan peranti yang dikenali sebagai perisai pemadam bagi menghalang tekanan pemadaman pada salinan di atas menyebabkan comot pada salinan berikutnya.

Syarikat pengeluar kertas menghasilkan kertas mesin taip khas yang dikenali sebagai erasable bond (sebagai contoh, Eaton's Corrasible Bond). Ia mengandungi selaput nipis bahan yang menghalang dakwat daripada menembusi kertas dan amat lembut dan mudah dihilangkan daripada helaian. Pemadam lembut pensil biasa mampu memadamkan dengan sempurna pada kertas ini. Bagaimanapun, ciri-ciri yang menjadikan kertas ini boleh padam menyebabkan huruf mudah comot akibat geseran biasa, menjadikannya tidak sesuai bagi surat perniagaan atau sebarang bentuk simpanan.

Pada lima puluhan dan enam puluhan, cecair pembetulan mula muncul, dengan jenama seperti Liquid Paper, Wite-Out dan Tipp-Ex. Ia merupakan cat putih lut cahaya yang cepat kering yang akan menghasilkan lapisan permukaan bersih yang boleh ditaip pembetulan. Bagaimanapun, sekiranya di tayangkan pada cahaya, huruf yang ditutup boleh nampak, dan juga tompokan cecair pembetulan yang kering (yang tidak pernah leper sepenuhnya, dan tidak pernah menyamai warna, tekstur dan sinaran kertas asal). Cara piwaian bagi menyelesaikan masalah ini adalah Photocopying helaian yang diperbetulkan, tetapi ini hanya mungkin bagi mesin photostate berkuali tinggi dan tidak sesuai bagi letterhead bewarna.

Barangan pembetul kering dengan jenama seperti Ko-Rec-Type diperkenalkan pada tujuh puluhan dan lapan puluhan dan berfungsi seperti kertas karbon putih. Kepingan keluaran tersebut dilapis di atas huruf yang perlu diperbaiki dan huruf yang salah ditaip semula menyebabkan huruf yang salah diselitupi dengan lapisan putih. Bahan serupa kemudiannya diletakkan kedalam ribon mesin taip eletrik filem karbon; seperti ribon hitam dan merah dua warna tradisi pada mesin taip manual, ribon hitam/putih menjadi kebiasaan bagi mesin taip eletrik.

Kemuncak teknologi ini merupakan IBM Correcting Selectric. Mesin ini, dan barangan yang seumpama dengannya, mempunyai ribon putih/hitam dan ingatan huruf. Dengan satu petikan, mesin taip mampu berundur dan melitupi huruf sebelumnya dengan selaput putih secara automatik.

Pertandingan laju menaip dan rekod menaip pantas[sunting | sunting sumber]

Sekitar 1920-an dan sepanjang 1940-an, kepantasan menaip merupakan kelayakan setiausaha yang penting dan pertandingan menaip sangat popular, diterbitkan oleh syarikat mesin taip sebagai cara promosi.

Sehingga 2005, Barbara Blackburn merupakan juru taip terpantas di dunia, menurut The Guinness Book of World Records. Menggunakan Papan Kekunci Dipermudahkan Dvorak, dia mengekalkan 150 perkataan/min selama 50 min, 170 perkataan/min bagi tempoh masa yang lebih singkat, dan telah diambil masa pada puncak kepantasan bagi 212 perkataan/min. Blackburn gagal kelas menaipnya di sekolah menengah, mulai mengenali papan kekunci Dvorak pada tahun 1938, belajar dengan pantas untuk mencapai kepantasan menaip, dan kadang-kala mengembara membuat pameran menaip pantas semasa kerjaya setiausaha. Dia muncul dalam rancangan Letterman dan amat tersinggung dengan layanan melawak Letterman terhadap kemahirannya.

Topik berkait[sunting | sunting sumber]

pejabat

pencetak dan Fonts

Pautan luar[sunting | sunting sumber]