Minyak buatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Minyak tiruan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Minyak buatan.

Minyak buatan ialah minyak yang terdiri daripada sebatian-sebatian kimia yang pada asalnya tidak wujud dalam minyak mentah (petroleum) tetapi dikilang secara buatan (disintesiskan) daripada sebatian-sebatian yang lain. Minyak buatan boleh dijadikan pengganti untuk petroleum atau dikilang khas untuk dijadikan pengganti bagi minyak pelincir seperti minyak hitam biasa (atau mineral) yang ditapis daripada petroleum.

Minyak buatan hanya dikilang sebagai pengganti untuk petroleum ketika terdapat kekurangan atau kerana petroleum terlalu mahal. Ketika minyak buatan ditapis daripada petroleum untuk menjadi pengganti pelincir, ini secara amnya disebabkan oleh sifat-sifat minyak buatan yang lebih baik.

Minyak hitam buatan sering disintesiskan daripada zat tindak balas (stok makanan ternakan) yang berasal daripada petroleum melalui proses Fischer-Tropsch, tetapi sebatian-sebatian dalam minyak hitam buatan mempunyai struktur-struktur molekul yang berbeza daripada struktur-struktur molekul yang wujud dalam petroleum pada asalnya. Proses Fischer-Tropsch menukarkan karbon dioksida, karbon monoksida, dan metana menjadi berbagai-bagai jenis hidrokarbon cecair. Karbon dioksida dan karbon monoksida dihasilkan oleh pengoksidaan separa daripada bahan-bahan api berdasarkan batu arang dan kayu.

Proses Fischer-Tropsch ini telah diperkembangkan dan digunakan secara meluas dalam Perang Dunia II oleh Jerman yang mempunyai bekalan minyak mentah yang terbatas. Pengeluaran minyak buatan tahunan Jerman mencapai melebihi 90 juta tan pada tahun 1944. Proses ini kini dipergunakan oleh Afrika Selatan untuk mengeluarkan kebanyakan dieselnya daripada batu arang. Terdapat banyak syarikat yang sedang memperkembangkan proses ini untuk membolehkan eksploitasi apa yang digelarkan rizab gas terlantar yang merupakan rizab-rizab yang tidak dapat dieksploitasikan dengan teknologi LNG dan talian paip biasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

minyak masak sawit boleh digunakan untuk minyak pelincir kenderaan anda

Pautan luar[sunting | sunting sumber]