Miss Malaysia
Miss Malaysia atau Ratu Malaysia adalah gelaran kepada gadis Malaysia yang memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat negara sebelum dihantar untuk bertanding di peringkat antarabangsa - Miss World dan Miss Universe.
Isi kandungan |
Status Miss Malaysia[sunting]
Mereka yang beragama Islam dilarang untuk menyertai pertandingan ini berikutan fatwa pengharaman ratu cantik bagi mereka yang beragama Islam telah diwartakan tahun 1997 selepas melalui prosedur perundangan yang teliti, termasuk dibaca tiga kali di Dewan Undangan Negeri Selangor (ahli-ahlinya ketika itu mewakili UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan juga DAP), dan akhirnya diperkenan Sultan Selangor.
25 bulan selepas diwartakan, tiga orang peserta ratu cantik beragama Islam telah ditangkap. Mereka yang menyertainya memberi alasan tidak mengetahui bahawa menjadi satu kesalahan berbuat demikian.
Bagaimanapun akibat tekanan oleh pihak tertentu, kes itu dibuang begitu sahaja tanpa dihadapkan ke mahkamah. Tindakan ini dipersoalkan kerana dianggap salah guna kuasa, kerana sepatutnya tidak ada orang yang mengatasi undang-undang. Ia perlu dihadapkan ke mahkamah sebelum rayuan boleh dibuat kerana kejahilan undang-undang bukan satu alasan bagi melakukan kesalahan.
Pensyarah undang-undang, Dr Abd Aziz Bari, ketika mengulas hal berkenaan berkata: "Kejahilan undang-undang bukan satu alasan. Ini bukan "excuse". Mungkin anda boleh mengatakan itu untuk meminta kurang hukuman. Tapi undang-undang tidak pernah mengatakan bahawa bila awak tidak tahu, awak tidak dikenakan hukuman. Kalau macam itu susah jadinya. Semua orang akan mengaku tidak tahu undang-undang."
Isu Agama Islam dalam Pertandingan di Negara Lain[sunting]
Tindakan yang mengharamkan penyertaan pertandingan Miss Malaysia di kalangan penganut Islam dikritik sesetengah pihak sebagai tidak wajar dan masuk akal. Contohnya, di negara jirannya Indonesia yang majoritinya penganut Islam, pertandingan kecantikan di kalangan wanita Islam adalah dibenarkan. Malah, pemenang Miss World 2002, Azra Akin, berasal dari negara Islam Turki.
Pemenang ratu cantik Malaysia yang dihantar ke pertandingan Miss World dengan mengikut tahun[sunting]
- 2012 Lee Yvonne
- 2011 Chloe Chen
- 2010 Nadia Heng
- 2009 Thanuja Ananthan
- 2008 Soo Wincci
- 2007 Deborah Priya Henry
- 2006 Adeline Choo
- 2005 Emmeline Ng Wei-Shu
- 2004 Gloria Ting Mei-Ru
- 2003 Wong Sze Zen
- 2002 Mabel Ng Chin Mei
- 2001 Sasha Tan Hwee Teng
- 2000 Tan Su Wei
- 1999 Jaclyn Lee Tze Wey
- 1998 Lina Teoh
- 1997 Arianna Teoh Lai Poh
- 1996 Qu-An How Cheok Kuan
- 1995 Trincy Low Ee Bing
- 1994 Rahima Orchient Yayah
- 1993 Jacqueline Ngu
- 1992 Fazira binti Wan Chek
- 1991 Samantha Schubert
- 1989 Vivian Chen Shee Yee
- 1988 Sue Wong Choy Fun
- 1987 Sheela Shanker
- 1986 Joan Cardoza
- 1985 Rosalind Kong Siew Kuen
- 1984 Christine Teo
- 1983 Michelle Yeoh Choo Kheng
- 1982 Nellie Yeoh
- 1981 Cynthia de Castro
- 1980 Callie Liew
- 1979 Shirley Chew
- 1978 Tina Osir
- 1977 Christine Mary Lim
- 1976 Puteh Naziadin
- 1975 Fauziah Haron
- 1974 Shirley Tan
- 1973 Narimah Yusof
- 1972 Janet Mok
- 1971 Daphne Munro
- 1966 Merlyn McKelvie
- 1965 Clara De Run
- 1963 Catherine Loh