Mohamad Kamil Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Mohamad Kamil Abdul Majid

Ph.D
Kelahiran1950 (1950)
Meninggal dunia20 Julai 2022(2022-07-20) (umur 71–72)
Subang Jaya, Selangor
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor
PendidikanYayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan
Universiti Al-Azhar, Mesir
Universiti Malaya
PekerjaanPengerusi Yayasan Usuluddin Malaysia
HubunganMahmood Zuhdi Abdul Majid (abang)

Dr. Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid (1950 - 20 Julai 2022) ialah seorang tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan pengasas Yayasan Usuluddin Malaysia sejak 2016 dan pernah memegang jawatan penting di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mohamad Kamil dilahirkan pada 1950 di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan adik kepada seorang tokoh Islam Malaysia, Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid[1].

Mohamad Kamil mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1970, dan Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada 1975. Kemudian beliau melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Pemikiran Islam di Universiti Malaya pada 1985 dan memperoleh ijazah Doktor Falsafah di universiti yang sama[2].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mohamad Kamil memulakan kerjaya sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar di YPTIK pada 1977-1980. Kemudian beliau menjadi tutor di Universiti Malaya (UM) pada 1981-1985 sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Usuluddin UM pada 1986. Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin UM pada 1987-1990 dan 1994-1995; dan sebagai Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM (1996-2002)

Mohamad Kamil pernah dipilih mengganggotai Majlis Syura, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan selama sembilan tahun (1990-1999). Beliau mengasaskan Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM) pada Februari 2012 dan bergiat aktif menerusi platform tersebut[3].

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Mohamad Kamil meninggal dunia pada 20 Julai 2022 di kediamannya di Subang Jaya[4].

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamad Kamil Ab. Majid (1990). Tokoh-tokoh pemikir dakwah. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. ISBN 9679400387.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (1991). Mutiara al-Quran. Kuala Lumpur: Mahir Publications. ISBN 9789837000568.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (1993). Menyoroti minda Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat: dakwah dan isu-isu agama-sosial. Cheras, Kuala Lumpur: Tampan Padu (M). ISBN 9839871005.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (1993). Beberapa aspek 'Ilm Al-Kalam mengikut Ibn Taymiyyah. Kajang, Selangor: Media Ilmu. ISBN 9789679400441.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2000). Tajdid Perspektif Sejarah Masa Kini. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9831000838.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2010). Tokoh-tokoh pemikir Islam. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu. ISBN 9789675841033.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid; Mohd Asri Zainul Abidin; Fauzi Deraman; Adnin Armas (2006). Islam Liberal: Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Shah Alam: Karya Bestari. ISBN 9789678602600.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid; Norafifah Ab Hamid; Norhidayah Mohammad (2010). Sayyid Qutb: Cetusan Idea Seorang Pejuang. Biografi tokoh dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834604660.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2012). Wasatiyyah Islam: antara liberalisme & konservatisme di Malaysia. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. ISBN 9789675841576.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid; Mat Zain Ab Ghani; Mohamad Zaidi Abdul Rahman (2013). Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Biografi tokoh dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834605964.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid; Mohammed Yusof (2015). Dato' Haji Muhammad Nor Ibrahim, pengasas kelas tahfiz di Malaysia. Biografi ulama Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834615215.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Ibn Taimiyyah : Perjuangan & Pemikirannya Memurnikan Islam. Biografi tokoh dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834604813.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Aqidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834618674.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Fiqh Ibadat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834900120.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Fiqh Muamalat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834618438.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Fiqh Jinayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834900113.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Fiqh Munakahat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834618681.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2015). Pembelajaran Islam Amali: Panduan Tasawuf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834618445.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2018). Revolusi Semesta: Strategi Basmi Kejahilan, Bangunkan Ummah dan Bina Tamadun Islam Alaf Baharu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 9789674603885.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2018). Smart Solat: Solat Mengikut Amalan Rasulullah SAW Tepat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 9789674605766.
  • Yazid Haji Maarof; Mohamad Kamil Ab. Majid (2019). Politik Perspektif Islam (Siyasah Syar’iyyah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 9789674608293.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2019). 70 Tahun Kamil Ab Majid. Nilai, Negeri Sembilan: ILHAM Books. ISBN 9789672007265.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2020). Pemikiran Kontroversi Imam Ibu Taimiyyah. Batu Caves, Selangor: PTS Publishing House. ISBN 9789674814595.
  • Mohamad Kamil Ab. Majid (2020). Pemikiran Tasawuf Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Batu Caves, Selangor: PTS Publishing House. ISBN 9789674815998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Basri Husin (Januari 12, 2020). ""Dia Umpama Ayah, Guru dan Kawan". Kini Dua Orang Tokoh Adik Beradik Bergandingan Dalam Jumaat Live". TheInspirasi. Dicapai pada 25 November 2021.
  2. ^ "70 TAHUN KAMIL AB. MAJID". Gerak Budaya. Dicapai pada 25 November 2021.
  3. ^ "Yayasan Usuluddin berhasrat bernaung di bawah YADIM". Malaysia Dateline. Ogos 29, 2019. Dicapai pada 25 November 2021.
  4. ^ Nasuha Rahman (Julai 21, 2022). "Pakar Usuluddin, pemikiran Islam Prof Mohamad Kamil meninggal dunia". Malaysia Dateline. Dicapai pada 21 Julai 2022.