Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1997-09-30) 30 September 1997 (umur 26)
Kuala Kangsar, Perak[1]
Sukan
Negara Malaysia
SukanLumba basikal trek dan lebuh raya
Pengelasan kecacatan(C1)
Dilatih olehSallehudin Noh[2]
Rekod pingat
Lumba basikal para lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Para ASEAN
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Lumba lebuh raya C1,C2,C3
Pingat emas – tempat pertama Kuala Lumpur 2017 Acara lebuh raya - Uji masa C1,C2,C3
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 2017 Acara trek -Kilo C1,C2,C3
Sukan Para Asia
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 2018 Lumba lebuh raya C1,C2,C3
Kejohanan Dunia UCI
Pingat gangsa – tempat ketiga Milton 2020 15km scratch lelaki C1

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin merupakan seorang atlet lumba basikal Paralimpik Malaysia. Beliau telah meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Para Trek UCI 2020 dalam acara 15 km scratch lelaki.[3] Selain itu, beliau pernah merangkul sebutir pingat emas, sebutir pingat perak dan sebutir pingat gangsa dalam Sukan Para ASEAN 2017 yang dianjurkan di Kuala Lumpur.[1] Beliau turut bertanding pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 dalam acara Pecut Berpasukan C 1-5 Lelaki dan berjaya merangkul pingat perak.[4] Beliau telah menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang dianjurkan di Tokyo dan mendapat tempat kelima dalam acara ujian masa individu lelaki C1 (lumba basikal lebuh raya).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zulfaizan Mansor (20 Ogos 2021). "PARALIMPIK: Yusof tak sabar gegar Jepun". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  2. ^ Fadhli Ishak (29 Ogos 2021). "Sprint team's personal best not enough for podium". NST. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  3. ^ "Yusof Hafizi raih gangsa di kejohanan Berbasikall para trek dunia". Malaysiakini. 2 Februari 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  4. ^ "Asian Para Games 2018 Storyboard" (PDF). Majlis Paralimpik Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  5. ^ Sukhairi Thani, "PARALIMPIK: Yusof Hafizi raih tempat kelima". Berita Harian. 31 Ogos 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.