Zuhairie Ahmad Tarmizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zuhairie Ahmad Tarmizi
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1990-07-27) 27 Julai 1990 (umur 33)
Marang, Terengganu
Sukan
KecacatanKecacatan fizikal
Pengelasan kecacatanC4
Rekod pingat
Berbasikal para
Mewakili  Malaysia
Sukan Para ASEAN
Pingat emas – tempat pertama Kuala Lumpur 2017 Kilometer C5 lelaki
Pingat emas – tempat pertama Kuala Lumpur 2017 4000m kejar-mengejar individu C5 lelaki
Pingat emas – tempat pertama Kuala Lumpur 2017 Lumba lebuh raya C5 lelaki
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 2017 Uji masa C5 lelaki
Sukan Para Asia
Pingat emas – tempat pertama Jakarta 2017 Lumba lebuh raya C5 lelaki
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 2017 Pecut berpasukan C 1-5 lelaki
Kejohanan Asia
Pingat emas – tempat pertama Jakarta 2019 Uji masa 1km C 4-5 lelaki
Pingat emas – tempat pertama Jakarta 2019 Pecut pasukan bercampuran

Zuhairie Ahmad Tarmizi merupakan seorang atlet berbasikal para Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat emas lelaki pertama Malaysia dalam acara lumba basikal di Sukan Para Asia apabila beliau meraih pingat emas dalam acara lumba lebuh raya C5 lelaki pada tahun 2018.[1] Beliau turut pernah merangkul dua pingat emas dalam Kejohanan Asia yang dianjurkan di Jakarta, Indonesia.[2]

Zuhairie asalnya merupakan seorang pemain bola sepak, namun jari kanan beliau hancur apabila digilis mesin tebu ketika membantu abangnya berniaga di Bazar Ramadan Marang. Beliau kini mempunyai tiga anak bersama dengan isterinya, Hanis Najihah Jusoh.[3]

Zuhairie telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 dalam lumba basikal. Beliau telah menyertai acara 1000m Uji masa C4–5 dan Pecut pasukan campuran bagi lumba basikal trek dan Uji masa C5 bagi lumba basikal lebuh raya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zuhairie wins Malaysia's first para cycling gold". The Star. 10 Oktober 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  2. ^ "Para cyclists end Asian C'ships campaign with four golds". The Star. 13 Januari 2019. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  3. ^ Malik Muhamad. Kejayaan Jijoe bakar Zuhairie. Harian Metro. 20 Ogos 2021. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  4. ^ "Paralimpik Tokyo 2020". Bernama. Dicapai pada 30 Oktober 2021.