Bonnie Bunyau Gustin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bonnie Bunyau Gustin
Maklumat peribadi
Lahir (1999-06-03) 3 Jun 1999 (umur 24)
Sarawak, Malaysia
Ketinggian132 cm (4 ka 4 in)
Sukan
NegaraMalaysia
SukanPowerlifting Paralimpik
Pengelasan kecacatanKetinggian rendah
Dilatih olehJamil Adam
Rekod pingat
Powerlifting
Mewakili  Malaysia
Sukan Paralimpik
Pingat emas – tempat pertama 2020 Tokyo 72 kg lelaki
Kejohanan Powerlifting Para Dunia
Pingat emas – tempat pertama 2019 Nursultan 65 kg lelaki
Pingat emas – tempat pertama 2021 Tbilisi 72 kg lelaki
Piala Dunia Powerlifting Para
Pingat emas – tempat pertama 2021 Dubai 72 kg lelaki
Pingat emas – tempat pertama 2021 Bangkok 72 kg lelaki
Sukan Para Asia
Pingat perak – tempat kedua 2018 Jakarta 65 kg lelaki

Bonnie Bunyau Gustin (lahir 3 Jun 1999) ialah seorang atlet powerlifting para Malaysia. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020, beliau telah memenangi pingat emas dalam acara 72 kg lelaki. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas dalam sukan tersebut.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bonnie lahir pada 3 Jun 1999 di Betong, Sarawak. Namun, beliau dan keluarganya menetap di Kampung Baru Mawang, Serian. Beliau berketurunan Bidayuh manakala ibunya, Evylen Gelagar, berbangsa Iban. Keluarganya telah memberikannya nama tengahnya Iban, Bunyau, atas permintaan ahli keluarga ibunya.[1] Ayahnya, Gustin Jenang, dan abangnya, Brian Junency, turut merupakan atlet powerlifting para Malaysia.[2] Beliau pernah terlibat dalam gejala lumba haram, tetapi ayahnya tidak gembira melihat anaknya menjadi "mat rempit" dan mula menggalakkan beliau untuk terlibat dalam sukan powerlifting.[3] Pada tahun 2015, beliau telah membuat keputusan untuk menghentikan pelajarannya selepas tamat pendidikan menengah rendah (Tingkatan 3) di SMK Tarat agar dapat lebih fokus kepada sukan ini.[4]

Kerjaya atlet[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding di pertandingan antarabangsa yang pertamanya pada tahun 2017, di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur.[1] Beliau akhirnya mendapat tempat keempat dalam acara 65 kg.[5] Beliau turut menyertai Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2017 yang diadakan di Bandar Raya Mexico tetapi tidak memenangi pingat.[4] Pada tahun 2018, beliau menyertai Sukan Para Asia 2018 yang dianjurkan di Jakarta dan berjaya merangkul pingat perak dalam acara 65kg lelaki.[6]

Pada tahun 2019, beliau memenangi pingat emas dalam Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2019 yang dianjurkan di NurSultan, Kazakhstan, dengan angkatan seberat 207 kg.[7] Beiau turut meraih emas dalam Piala Dunia Powerlifting Para 2019 di Bangkok dengan angkatan seberat 226 kg.[8]

Pada Jun 2021, Bonnie berjaya mencatat rekod dunia seberat 230 kg dalam acara 72 kg lelaki di Piala Dunia Powerlifting Para 2021, Dubai.[2] Pada Ogos pula di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Tokyo), Bonnie berjaya mencipta rekod Paralimpik seberat 228 kg lalu memenangi pingat emas powerlifting pertama buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik. Selain itu, beliau juga diangkat sebagai pembawa bendera dalam upacara pembukaan temasya itu.[9] Beberapa bulan kemudian, beliau memenangi pingat emas dalam Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 yang diadakan di Georgia.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Matthew Umpang (16 September 2021). "Gustin and sons defy disabilities to lift nation". Borneo Post. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  2. ^ a b Lim, Teik Huat (29 Ogos 2021). "Dad's the way to do it". The Star. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  3. ^ "Video| Bonnie Bunyau dulu 'mat rempit'! Rossi jadi inspirasi! Kini berjaya penuhi impian ayah!". kitareporters.com. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  4. ^ a b Bonnie Bunyau Gustin. paralympic.org. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  5. ^ Mohd Fitrie Muhamad, Bronze-medallist powerlifting dad leads way for sons at Para KL2017. NST. 19 September 2017. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  6. ^ "Asian Para Games 2018 6 - 13 October 2018 Malaysian Para Contingent" (PDF). Majlis Paralimpik Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Oktober 2020. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  7. ^ "Men's up to 65kg Results" (PDF). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 15 July 2019.
  8. ^ Bonnie raih emas Powerlifting Para Dunia di Bangkok. Harian Metro. 7 Mei 2017. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  9. ^ "Malaysia's Bonnie Bunyau Gustin sets new Paralympics powerlifting record". TheStarOnline. 28 August 2021. Dicapai pada 28 August 2021.
  10. ^ "Tbilisi 2021: Bonnie Gustin and Bose Omolayo extend domination". Paralympic.org (dalam bahasa Inggeris). 2 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-02. Dicapai pada 2 Disember 2021.
  11. ^ Morgan, Liam (2 Disember 2021). "Omolayo breaks world record to claim gold at World Para Powerlifting Championships". InsideTheGames.biz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Disember 2021.