Mohamed Hatta Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
D. Hatta
D Hatta & D 4 Ever.
Latar belakang
Nama lahirMohamed Hatta Abdul Wahab
Juga dikenali sebagai
D. Hatta
Berasal dariSingapura Singapura
GenrePop yeh-yeh
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif60-an


Mohamed Hatta Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai D. Hatta merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura dan Malaysia. Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dikenali sebagai kugiran. Beliau dilahirkan pada tahun 1945.

D. Hatta pernah menjadi penyanyi utama kugiran Serenade yang dipimpin oleh Asmuri Lawi. Asmuri kemudian memperkenalkan D. Hatta kepada kumpulan D 4'Ever. Beliau bersama kumpulan D' 4Ever kemudiannya menyertai pertandingan 'Rolling Stones of Singapore' yang bagaimanapun dijuarai oleh kumpulan The Clifters .

Sepanjang penglibatannya dengan D 4'Ever yang turut dianggotai oleh P. Khamis (gitar utama), Rahman (gitar bes), Yusoff (gitar ritma) dan P. Jaffar (dram), D. Hatta berjaya menghasilkan dua buah rekod EP dalam setahun. Kumpulan D 4'Ever turut berpeluang mengambil bahagian dalam filem A Go-Go 67 keluaran Malay Film Productions Ltd pada 1967 yang diarahkan oleh Omar Rojik.

Dari pendedahannya melalui filem tersebut, D. Hatta mendapat tawaran merakamkan suara ke piring hitam yang dikelolakan oleh pemuzik dan pencipta lagu, Kassim Masdor ketika berusia masih dalam lingkungan awal 20-an tahun.

D. Hatta kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Cik Rozanah Mahmood, setelah bertemu dalam satu majlis perkahwinan ketika beliau bersama kugirannya mendapat undangan mengadakan persembahan di majlis itu.

Pada awal 1990-an, syarikat Life Records telah memberikan D. Hatta penghargaan di satu majlis.

Album[sunting | sunting sumber]


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Dugaan Kasih ciptaan Allahyarham Yusoff B dan seni katanya diilhamkan oleh Nordin Arshad.
  • Kenalan Baru, Aminah, (EP keduanya)
  • Jauh Di Mata (EP keduanya)
  • Kalau Jodoh. (EP keduanya)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]