Omar bin Ali
| Omar Rojik | |
|---|---|
Omar Rojik |
|
| Lahir | Omar Bin Ali 23 November 1925 |
Omar Rojik atau nama sebenarnya Omar bin Ali, seorang Pelakon dan Pengarah filem Malaysia.
Isi kandungan |
[sunting] Biografi
Beliau berasal dari Kedah. Beliau dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Star dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura dimana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions (MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[1].
[sunting] Kehidupan Peribadi
Omar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiah yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.
[sunting] Filmografi
[sunting] Belakon
- Sarjan Hassan (1955) sebagai Ketua Tentera Jepun
- Manusia (1957)
[sunting] Pengarah
- "Sumpah Wanita" (1960)
- "Pertarungan" (1960)
- "Panji Semerang" (1961)
- "Kasih Tanpa Sayang" (1962)
- "Pilih Menantu" (1963)
- "Siapa Besar" (1963)
- "Sayang Si Buta" (1965)
- "Takdir" (1965)
- "Dahaga" (1966)
- "Aksi Kucing" (1966)
- "A Go Go '67 " (1967)
[sunting] Rujukan
- ↑ Anak-Anak Kedah:Omar Rojik Kedah.com