Mohamed Mahmood Alessa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamed Mahmood Alessa merupakan rakyat Amaerika Syarikat keturunan Palestin.Dia tinggal bersama keluarganya di North Bergen, New Jersey berhampiran New York. Dia dan rakannya didakwa di mahkamah persekutuan di Newark, New York atas kesalahan menjadi pengganas.[1][2]

Semasa ala persekolahan, Aleesa mengikuti persekolahan di Bergen County Community College secara normal dan bapanya merupakan jiran yang baik. Rumah itu disewa daripada Hemant Shah.

Tuduhan pengganas[sunting | sunting sumber]

Mohamed Mahmood Alessa (21) dan rakannya Carlos Eduardo Almonte (23) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York kerana hendak menyertai kumpulan jihad Al-Shabab di Somalia. Al Shabab ada hubungan dengan Al Qaeda. Mereka pergi Mesir terlebih dahulu sebelum menuju ke Somalia. Sasaran ialah pasukan tentera Amerika di Somalia. Somalia terletak di hujung tanduk Afrika mempunyai 10 juta penduduk. Sejak berdekad, negara ini tidak stabil kerana pergaduhan antara puak . Segelintir darinya menjadikan kapal asing yang melalui Laut Merah dan Lautan Hindi sebagai tebusan dan sumber kewangan. Terdapat komuniti diaspora Somalia di Minnesota.

Pada Februari 2007 mereka berdxsama-sama pergi ke Jordan dan menyusup ke Iraq dan berpatah balik. Mereka menyimpan beberapa ribu dolar, mendapat latihan taktikal dan telah menggunakan latihan padang paintball untuk menguji kekuatan fizikal. Mereka mengurangkan berat badan, mendaki bukit di kawasan salji di taman awam, berpakaian ala tentera dan botol air tentera, bermain permainan viodea dan menonton video pengganas. Mereka telah mnyalurkan wanh 4,000 dollar pada April dan 4,100 pada Jun 2010.[3]

Sekembali dari luar negara, mereka akan melakukan jenayah di AS pula sebagaimana Najibullah Zazi dan Faisal Shahzad. Ahli psikiatri, Major Nidal Malik Hasan telah menembak rambang 13 orang sehingga mati di Fort Hood Texas pada 5 November 2009. Mereka mendapat inspirasi dan latihan melalui internet daripada Adam Gadahn dan Anwar al-Awlaki. Insiden cubaan serangan bom di Times Square dan serangan penerbangan semasa kari Krismas juga menjadi sumber ilham mereka.

Sejak 2006, aktiviti mereka disiasat termasuk perbualan antara kedua-dua mereka.FBI menemubual keluarga Alessa dan memeriksa komputer miliknya. Pada 29 November 2009 perbualan antara Alessa dan Almonte dirakam. Selagi darah tidak tumpah mereka akan puas hati.Kami mahu dunia tahu siapa pejuang jihad dan perang suci terhadap Amerika Syarikat. Setakat ini mereka tidak merancang untuk menyerang manamanan kawasan New York-New Jersey.

Carlos Eduardo Almonte berasal dari Almonte, Elmwood Park, New Jersey. Almonte lahir di Republik Dominica dan menjadi pemegang kerakyatan Amerika. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]