Mohamed Nazir Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Seri Nazir Razak
Kelahiran 1966 (umur 47–48)
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Eksekutif bank
Pasangan Datin Sri Dato' Azlina Aziz
Ibu bapa Tun Abdul Razak Hussein
Tun Raha Mohammad Noah

Dato' Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak (lahir 1966) merupakan seorang pegawai eksekutif bank Malaysia. Beliau merupakan pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, salah satu penyedia perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia. Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohammad Noah , serta adik kepada Perdana Menteri keenam (sekarang) iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak.

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Dato' Azlina Aziz, anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara. Pasangan tersebut telah dikurniakan dua orang anak.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nazir Abdul Razak dilahirkan pada tahun 1966 di Kuala Lumpur. Ayahnya meninggal dunia masa beliau baru berusia sepuluh tahun. Beliau bersekolah di Institusi St. John dan Alice Smith School sebelum meneruskan pendidikan menengah di United Kingdom semasa berusia 13 tahun.[1] Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dan Politik dari Universiti Bristol dan seterusnya memperoleh ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.[2]

Setelah pulang dari United Kindgom, Nazir menyertai jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad. Beliau mula meningkat naik sehingga menjadi pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank tersebut, pada masa tersebut dikenali sebagai CIMB, pada tahun 1999.[2]

Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai "Eksekutif Teratas Terbaik" oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010.[2]

Beliau tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Surin, Jacqueline Ann (2011-01-24). "Nazir Razak: Diversity is our strength". The Nut Graph. Diperoleh pada 2011-06-07. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Dato' Sri Nazir Razak". CIMB.com. Diperoleh pada 2011-06-07. 
  3. Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia Bernama