Mohammad Fadzlullah Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak (28) dikatakan ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari kerana aktiviti keganasan di Thailand. Beliau lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja.

Pada 20 Julai 2010, jam 11.00 malam beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI). Seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman menggeledah rumah bapanya, merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau.

Keluarga Fadzlullah membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seorang lagi ditahan ISA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-21. Dicapai pada 2010-07-20.