Mohd Ruddin Abd Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani adalah bekas ahli parlimen Malaysia bagi kawasan P137 Bukit Katil, Melaka .

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menterinya ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis.[1]

Sebelum menceburi politik, beliau adalah Rektor Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) selama 3 tahun. Pada 13 Mac 2004,beliau meletak jawatan dan bertanding di Bukit Katil. Pada ketika itu, Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan calon yang berkelayakan tinggi. [2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Mohd Ruddin menang bertanding daloam Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kawasan P137 Bukit Katil , Melaka dengan majoriti 27,252 undi. Beliau menjadi wakil rakyat selama sepenggal iaitu dari 2004-2008 sahaja.

Kawasan ini pernah disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ghafar Baba selama 10 penggal. Sebelum ini, Bukit Katil dan parlimen Tangga Batu adalah pecahan dari parlimen Batu Berendam. Pada 1999, Khalid Jaafar memenangi kawasan ini dengan majoriti 7105 undi.[3] Beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bukit Katil tetapi ditewaskan oleh Ketua Menteri Melaka,Dato Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Selepas Mohd Ruddin , pada 2008 kawasan P137 Bukit Katil diwakili oleh Datuk Md. Sirat Abu yang menang atas tikel BN/UMNO (30,975) . Md Sirat menewaskan Khalid Jaafar (PKR) yang mendapat 29,217 undi .

Mangsa penipuan warga Nigeria[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2012, Mahkamah Sesyen Melaka membicarakan kes warga Nigeria menipu Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani melalui internet membabitkan kerugian RM483,870. Tertuduh Agoson Noyce, 31, didakwa memperdaya Mohd Ruddin, 57, dengan menawarkan RM4.3 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan wang dalam beberapa jumlah berasingan iaitu RM115,000; RM100,000; RM45,000; RM64,270; RM26,400; RM43,200; RM70,000 dan RM20,000.Agoson mendaftar sebagai pelajar di Malaysia dan tinggal di Kondominium Klebang Delima, Jalan Klebang, Melaka telah menerima wang tersebut daripada mangsa melalui akaun bank.

Di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,pesalah boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. Hakim Zaharah Hussain menetapkan 27 Jan 2012 sebagai tarikh sebutan semula kes.Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran.

Penipuan itu dilakukan bersama rakan senegara Ago Uche, 27. Ago Uche telah didakwa di pejabat No 944, Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil, antara 26 Mei 2009 hingga 22 jan 2010. Ago Uche, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas empat pertuduhan sama menipu Mohd Ruddin melalui internet membabitkan kerugian wang tunai RM183,200 antara 26 Jan 2009 hingga 22 Jan 2010.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]