Mohd Ali bin Mohd Rustam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat
Mohd Ali bin Mohd Rustam
Mohd Ali bin Mohd Rustam

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
Disember 1999 - Mei 2013
Didahului oleh Abu Zahar bin Hj. Isnin
Digantikan oleh Idris Haron

Tarikh lahir 24 Ogos 1949
Tempat lahir Melaka
Kerakyatan Warganegara Malaysia
Parti politik Malaysia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Agama Islam

Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan bekas Ketua Menteri Melaka. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Bekas Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.

Butiran peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.

Pembabitan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.

Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.

Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.

Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.

Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.

Pada PRU-13, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil (P137) dan akhirnya beliau telah ditewaskan oleh Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.

Isu-Isu Pembabitan Beliau[sunting | sunting sumber]

Korupsi dalam Pemilihan Agung Parti UMNO[sunting | sunting sumber]

Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam bersalah memberi rasuah kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2009 agar memilihnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO , Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja. Kaji selidik oleh Jabatan Penganjian Media Universiti Malaya yang diketuai Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mendapati Ali Rustam mendahului Tan Sri Muhyidin dan Tan Sri Muhamad Mohd Taib.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandang dikekalkan. Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak agar jawatan Ketua Menteri Melaka turut dilucutkan dan rayuan tidak diterima agar krebiliti Lembaga Disiplin dijaga. Pemimpin atasan , perwakilan dan penyokong UMNO hendaklah mengutamakan PRU 13.[1]

Kes beliau dibuka oleh SPRM tetapi ditutup pada 12 Februari 2010.[2]

Usul undi tidak percaya[sunting | sunting sumber]

Pada 18 April 2009,Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009. Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]