Morain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Morain adalah muka bentuk bumi yang terbentuk oleh glasier akibat perkumpulan serpihan glasier (tanah dan batu) yang boleh berlaku pada kawasan yang sedang atau telah berglasier. Serpihan ini mungkin dicungkil keluar daripada lantai lembah apabila glasier maju atau runtuh daripada dinding lembah akibat pembajian ibun atau tanah runtuh. Morain boleh terdiri daripada serpihan tepung glasier bersaiz batu lodak hinggalah ke bongkahan besar. Serpihan ini lazimnya berbentuk bulat atau berpepenjuru. Morain boleh berada di permukaan glasier atau sebagai lapisan serpihan apabila glasier mencair. Morain juga boleh berlaku apabila batu yang dipindahkan glasier atau aisberg jatuh ke dalam air apabila ais mencair.

Morain di Taman Negara Pergunungan Rocky, diambil oleh Ansel Adams pada 1941
Morain sisi sebuah glasier yang mengundur di Engadin

Jenis morain[sunting | sunting sumber]

Morain boleh dikelaskan sama ada oleh asal-usulnya, lokasi glasiernya atau bentuknya. Pendekatan pertama adalah bersesuaian untuk morain yuang berkaitan dengan glasier sezaman tetapi sukar digunapakai morai tua yang glasiernya sudah lama menghilang. Morain jenis rogen atau veiki pula ditakrifkan oleg bentuknya memandangkan asal-usulnya sering dipertikai. Sesetengah morain hanya diketahui dari glasier purba, seperti dua kelas sebelumnya, manakala morain tengah bagi glasier lembah amat sukar dipelihara dan susah untuk dibezakan selepas pencairan glasiernya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Easterbrook, D. J. (1999) Surface processes and landforms. (Second Ed). Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey.
  • Benn, D. I. and Evans, D. J. A. (1998) Glaciers & Glaciation. Oxford University Press, New York, NY.