Mullet (potongan rambut)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang lelaki dengan potongan mullet moden.

Mullet ialah gaya rambut, di mana bahagian rambut di hadapan, sisi dan atas dipotong pendek, tetapi bahagian belakang rambut tidak dipotong atau dibiarkan panjang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Menurut Oxford English Dictionary, penggunaan istilah mullet untuk menggambarkan gaya rambut ini ialah "nampaknya dicipta, dan pastinya diperkenalkan oleh kumpulan hip-hop Amerika Syarikat iaitu, Beastie Boys",[1] yang menggunakan istilah "mullet" dan "mullet head" sebagai julukan dalam lagu 1994 mereka iaitu "Mullet Head", yang di mana menggabungkannya dengan penerangan tentang potongan rambut: "nombor satu di sisi rambut dan jangan sentuh di bahagian belakang rambut, nombor enam di bahagian atas rambut dan jangan memotongnya kerana tidak bagus, Jack.".[2] Mereka menerangkan tentang subjek secara panjang lebar dalam artikel enam muka surat bertajuk "Mulling Over The Mullet" di Isu 2 (1995) dalam majalah mereka Grand Royal, dan menawarkan pilihan nama alternatif untuk potongan itu, seperti "Potongan Rambut Pemain Hoki" dan "Soccer Rocker".[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2020-an[sunting | sunting sumber]

Pada September 2020, majalah i-D telah menamakan tahun 2020 sebagai "tahun mullet", dengan mengaitkan ledakan popularitinya dengan pandemik COVID-19 dan penutupan salun rambut.[4] Dalam artikel Vice Media, remaja dengan gaya potongan mullet yang ditemu bual, dia menyifatkan potongan rambut itu sebagai jenaka, dengan menyatakan "Terdapat ironi pada potongan rambut mullet. Ini adalah potongan rambut kasar yang paling menjengkelkan, yang bermaksud ia pasti dipakai dengan cara yang ironis".[5] Menurut Magda Ryczko, iaitu seorang pengasas kedai gunting rambut Hairrari di Brooklyn, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa potongan mullet membolehkan dia tampil menghadap seperti profesional menyertai mesyuarat atas talian Zoom pada era COVID-19, sambil mengekalkan rupa yang lebih tidak kemas dan menyeronokkan di luar kamera, dengan bahagian belakang yang lebih panjang apabila didedahkan.[6] Kejohanan Mullet Amerika Syarikat tahunan telah bermula pada 2020.[7][8]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Kiefer Sutherland yang telah dilaporkan secara meluas,[9][10][11] berdasarkan temu bual dengan Yahoo!,[12] di mana dia menjadi penghasut gaya tanpa disedari kerana keperluan pengarah untuk peranan utamanya dalam filem 1987, The Lost Boys. Dia juga telah mengesahkan sebahagian daripada inspirasi untuk gaya rambutnya berasal daripada seorang penyanyi, Billy Idol. Pada temu bual akhbar 2022 yang merupakan ulang tahun ke-35 bagi filem itu, Sutherland sekali lagi menceritakan kisah itu.[13][14]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Hoskyns, Barhey (2000). The Mullet: Hairstyle of the Gods. Bloomsbury USA. ISBN 1582340641.
  • Henderson, Alan (2007). Mullet Madness!: The Haircut That's Business Up Front and a Party in the Back. Skyhorse Publishing. ISBN 978-1616088606.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "mullet, n.9". Oxford University Press. Oxford English Dictionary. September 2013.
  2. ^ Mullet Head (Remastered 2009) di YouTube[pautan mati]
  3. ^ Grand Royal Issue 2, (1995) p. 44
  4. ^ Lanigan, Roisin (2 September 2020). "2020 is the year of the mullet". i-D (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2020.
  5. ^ Smythe, Polly. "Mullets Have Become the Must-Have Haircut at English Private Schools". Vice Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2020.
  6. ^ "The Queer Rebirth of the Mullet". MEL Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-27. Dicapai pada 2021-04-10.
  7. ^ "USA Mullet Championships - Business Up Front & Party In The Back". USA Mullet Championships (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-11.
  8. ^ Breen, Kerry (2021-10-08). "There's a national mullet championship for kids and the finalist photos are priceless". TODAY.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-11. Dicapai pada 2021-10-11.
  9. ^ The Lost Boys: 10 Behind-The-Scenes Facts About The ‘80s Vampire Movie Cinemablend, 28 September 2019. Retrieved 22 January 2022
  10. ^ Kiefer Sutherland very apologetic about The Lost Boys mullet newsgroove, 24 October 2019. Retrieved 22 January 2022
  11. ^ No, Kiefer Sutherland, You Didn't Invent the Mullet KLAQ, 25 October 2019. Retrieved 22 January 2022
  12. ^ 'The Lost Boys' star Kiefer Sutherland talks 'violent and gross' deleted scene and inventing the mullet Yahoo!, 24 October 2019. Retrieved 22 January 2022
  13. ^ Kiefer Sutherland Celebrates 35th Anniversary Of ‘The Lost Boys' "While chatting with ET Canada's Carlos Bustamante about the 35th anniversary of “The Lost Boys”, Canadian actor Kiefer Sutherland reveals he was blamed for the mullet becoming so popular." MSN, 8 January 2022. Retrieved 22 January 2022
  14. ^ Kiefer Sutherland Celebrates 35th Anniversary Of ‘The Lost Boys' ET Canada. Retrieved 22 January 2022

Pautan luar[sunting | sunting sumber]