My Chemical Romance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
My Chemical Romance
My Chemical Romance membuat persembahan di festival muzik Big Day Out di Perth, Australia, Februari 2007.
Latar belakang
Berasal dari Jersey City, New Jersey, USA
Genre Rock alternatif, subgenre lain
Label Reprise Records/Warner Music
Eyeball Records
Kegiatan berkait Pencey Prep
Leathermouth
Laman web mychemicalromance.com
Ahli
Gerard Way
Ray Toro
Frank Iero
Mikey Way
Bekas ahli
Matt Pelissier
Bob Bryar

My Chemical Romance (singkatannya MCR atau My Chem[1]) merupakan satu kumpulan muzik rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 2001. Ahli terkini ialah Gerard Way, Mikey Way, Frank Iero dan Ray Toro

Sebaik selepas ditubuhkan, kugiran ini menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records dan melancarkan album sulung mereka I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love pada 2002. Mereka menandatangani pula perjanjian dengan Reprise Records pada tahun seterusnya dan melancarkan album besar mereka Three Cheers for Sweet Revenge pada 2004. Album tersebut merupakan kejayaan yang besar setelah terjual sebanyak sejuta salinan kerana kejayaan lagu "Helena", "I'm Not Okay (I Promise)", dan "The Ghost of You". Kugiran itu mengulangi kejayaan dengan album keluaran 2006 yang bertajuk The Black Parade, yang mempunyai lagu hit seperti "Welcome to the Black Parade", "Famous Last Words", "I Don't Love You", dan "Teenagers". Kumpulan ini baru sahaja merakamkan DVD di Mexico City, untuk pelancarannya pada 2008.[2].Mereka baru sahaja meghabiskan album studio keempat mereka yang berjadul Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Awal kerjaya (2001–2002)[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini dibentuk oleh Gerard Way dan Matt Pelissier lebih kurang seminggu selepas serangan 11 September 2001. Menyaksikan sendiri perlanggaran kapal terbang dengan Pusat Dagangan Dunia, kehidupan Way telah dipengaruhi lantas membuatkannya menubuhkan kumpulan muzik. Cara dia menulis lagu "Skylines and Turnstiles" ialah pernyataann perasaannya terhadap 11 September itu. Tidak lama selepas itu, Ray Toro dihubungi dan ditanya untuk menyertai kumpulan itu kerana ketika itu Way tidak boleh menyanyi dan memainkan gitar pada masa yang sama.[3] Sesi rakaman pertama dilakukan di loteng Pelissier, apabila lagu "Our Lady of Sorrows" (sebelum itu dipanggil "Bring More Knives") dan "Cubicles" dirakamkan. Frank Iero mendedahkan bahawa kumpulan itu menghabiskan lirik "Best Day Ever" sebaik sebelum mereka tiba di studio untuk memulakan rakaman. Kugiran ini merujuk sesi tersebut sebagai "The Attic Demos". Mikey Way, adik lelaki Gerard, menyukai demo tersebut hingga dia memutuskan untuk menyertai kumpulan itu selepas berhenti dari kolej. Khabar angin mengatakan bahawa Mikey mempelajari gitar bass hanya untuk menyertai kumpulan ini, tetapi Gerard Way merekodkan terus ke dalam CD/DVD Life on the Murder Scene apabila dia mengatakan bahawa Mikey telahpun berada dalam beberapa kumpulan muzik lain sebelum menyertai My Chemical Romance.[3]

My Chemical Romance menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records. Sementara dengan Eyeball Records, kumpulan itu menemui Frank Iero, vokalis utama dan gitaris untuk Pencey Prep. Selepas Pencey Prep berpecah pada 2001-02, Frank menyertai My Chemical Romance, beberapa hari sahaja sebelum album sulung direkodkan. [3] Tiga bulan selepas penubuhan kumpulan, mereka merakamkan album pertama mereka, I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love, lalu dilancarkan pada 2002. Walaupun menyertai kumpulan hanya beberapa hari sebelum sesi rakaman berlangsung, Iero memainkan gitar dalam dua lagu, "Early Sunsets Over Monroeville," dan "Demolition Lovers." Ketika ini, kumpulan ini ditempah untuk membuat persembahan di tempat yang tidak terkenal, Big Daddy's, iaitu tempat mereka mula menerima perhatian ramai. [4][5]


Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

DVD[sunting | sunting sumber]

  • 2006: Life on the Murder Scene
  • 2008: The Black Parade Is Dead!

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Grammy 2008 - Bungkusan atau Pakej Edisi Khas Terhad Terbaik- The Black Parade

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]