Nabil Mahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabil Mahir
نبيل ماهر
Kelahiran
Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir

(1988-04-28) 28 April 1988 (umur 36)
PendidikanSarjana Muda dalam dalam Jurusan Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti HELP
PekerjaanPengacara, pelakon, model
Tahun aktif2010–kini
PasanganAyda Jebat (k. 2021)
Anak-anak2

Ahmad Nabil Ahmad Mahir (lahir 28 April 1988) ialah seorang pengacara, model dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya dengan menjayakan beberapa iklan komersial, seterusnya meraih perhatian umum sebagai pengacara rancangan hLive di Astro Ria.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nabil sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Sarah Hildebrand. Pada Februari 2019, Mereka mengumumkan perpisahan selepas lima tahun bersama.[2][3][4]

Beliau bertunang dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.[5] Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.[6]

Beliau disahkan bebas jangkitan COVID-19 selepas melakukan ujian saringan virus itu di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya.[7]

Nabil dan Ayda diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 HLive Pengacara Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (6 Oktober 2019). Mahu kukuh kerjaya lakonan Harian Metro. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2019). "Cinta lima tahun Nabil, Sarah terlerai". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2019. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Februari 2019). "Kasih terlerai selepas 5 tahun". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  4. ^ Alif Fadli Mohd Sori (17 Februari 2019). "Pernah rasa putus asa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  5. ^ Najiy Jefri (28 April 2020). "Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang 'online'". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  6. ^ "PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian". Astro Awani. 30 April 2020. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 April 2020). "COVID-19: Nabil Mahir syukur bebas jangkitan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2020.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 November 2020). Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
  9. ^ Najiy Jefri (1 Januari 2021). Ayda, Nabil sah jadi suami isteri Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]