Nadir Al-Nuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadir Al-Nuri
Kelahiran
Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman

1987
Scotland
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sabah
Universiti Islam Gaza
PekerjaanAktivis kemanusiaan
OrganisasiPersatuan Cinta Gaza Malaysia
PasanganReem Al-Minawi

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman[1] (lahir 1987), lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, ialah seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin.[2] Beliau merupakan pengasas[1] dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders.[3] Beliau juga merupakan kolumnis bagi Harian Metro.[4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nadir mendapatkan pelajaran di peringkat menengah di SAM Hulu Langat (SAMTEN) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SAM Bestari, Subang Jaya.

Nadir memiliki ijazah sarjana muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum menyambung pengajiannya untuk ijazah kedua di Universiti Islam Gaza dalam bidang Syariah.[2]

Kerja kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Cinta Gaza Malaysia[sunting | sunting sumber]

Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori Nadir giat meneruskan perjuangan dengan mengumpul dana bagi membina dan membangunkan semula Gaza, Palestin. Sejak tahun 2014, Persatuan Cinta Gaza Malaysia giat mengumpul dan mengurus dana bagi perlaksanaan projek-projek di Gaza termasuklah bantuan Ramadan, musim sejuk, ibadah korban, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi. Sehingga kini, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah meluaskan lagi capaian bantuan ke beberapa buah negara lain seperti di Lubnan, Syria, Turkiye, Indonesia dan negara tanah airnya sendiri, Malaysia.

Pengerusi MyAqsa Defenders[sunting | sunting sumber]

Nadir merupakan pengasas bersama dan Pengerusi bagi gabungan MyAqsa Defenders, bersama-sama dengan 19 rakan NGO yang lain.

Duta Muhibah #Aid4Palestine[sunting | sunting sumber]

Nadir telah dipilih sebagai Duta Muhibah bagi Sekretariat Aid4Palestine[5], sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan Malaysia menerusi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bagi menyelaras bantuan daripada badan bukan kerajaan di Malaysia ke Palestin, pascaserangan awal ke atas Palestin dalam krisis Israel-Palestin 2021. Selain beliau, Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza turut dilantik.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Nadir mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin yang mempunyai lima orang anak, Reem Al-Minawi pada Mei 2016.[1]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Nadir al-Nuri (2022). Sedekad di Penjara Terbesar Dunia: Seinci Dari Kematian. Bangi: Cinta Gaza Malaysia. ISBN 9786299752905.
  • Nadir al-Nuri (2021). Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Palm Strategic Initiative Centre. ISBN 9789672568506.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ilah Hafiz Aziz (19 Jun 2016). "Nadir nikah balu pejuang Palestin, tanggung lima anak untuk mudah beramal". BHarian. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  2. ^ a b Muhammad Saufi Hassan (13 September 2016). "Siswa hero penduduk Gaza". Dicapai pada 20 Julai 2021.
  3. ^ Omar Zin (14 Mei 2021). "MyAqsaDefenders dilancar, sasar RM10 juta bantu Palestin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  4. ^ "Nadir Al-Nuri". Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  5. ^ "Sumbangan berjaya disalur kepada penduduk Gaza". Harakahdaily. 29 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-01. Dicapai pada 3 Julai 2021.