Nara, Nara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan Nara
Todai-ji, sebuah kuil di Nara

Nara (奈良市 Nara-shi?, kota Nara) ialah ibu kota Wilayah Nara, Jepun. Bandar ini terletak di bahagian utara Wilayah Nara, dan berbatasan dengan Wilayah Kyoto. Nara merupakan salah satu bandar pelancongan yang popular di Jepun.

Monumen bersejarah Nara Kuno adalah calonan untuk 7 bangunan kuil Buddha dan Shinto, reruntuhan Istana Heijō, dan Hutan Kasugayama yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ketujuh bangunan kuil tersebut adalah Tōdai-ji, Saidai-ji, Kōfuku-ji, Kasuga Shrine, Gangō-ji, Yakushi-ji, Tōshōdai-ji.

Di zaman Nara, ibu kota Jepun yang bernama Heijō-kyō berada di wilayah kota Nara yang sekarang. Heijō-kyō merupakan kota tujuan akhir Jalan Sutra di Jepun, sekaligus tempat berkembangnya Kebudayaan Tempyō yang berpusat pada agama Buddha dan kalangan aristokrat.